Viva PhD

26.10.2011
Saya bertolak ke Shah Alam sehari awal dari tarikh Viva. Jiwa rasa sunyi. Mungkin inilah perasaan semua pelajar PhD bila sampai waktu untuk viva.
 
Saya dah siapkan awal slaid pembentangan. Namun saya masih bersedia untuk mengubah itu dan ini sekiranya perlu. Saya bawa komputer riba dan projektor lcd bagi tujuan rehearsal di hotel nanti. 

Malam itu saya tidak keluar dari bilik. Saya berlatih berulangkali hingga puas hati. Bukan saya saja yang berdebar menanti waktu viva. Isteri dan penyelia saya turut berdebar sama.
(Bersambung)

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?