Kakak, Abang dan Adik

Kakak sudah tingkatan 4, Abang tingkatan satu manakala adik pula masuk tahun dua.
Alhamdulillah, kakak dan abang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan UPSR masing. Adik pula belum mendapat rentak untuk belajar, mungkin kerana dia merasa masih 'baby' dan perlu bermanja lagi. Terima kasih Allah atas nikmat pemberianMu. Terima kasih isteriku serta guru-guru yang tidak pernah jemu untuk mendidik anak-anak kami.
Abang kami daftarkan di sekolah yang sama dengan kakak. Harapan kami supaya abang menimba ilmu dan pengalaman di perantauan sebagaimana kakak.
Ada ilmu dan pengalaman yang tidak boleh diperolehi di rumah. Di sana abang dan kakak akan bertemu dengan rakan-rakan dari tempat lain.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?