IELTS atau TOEFL Bhg. 2

Setelah berfikir panjang dan berbincang dengan rakan-rakan seperjuangan, akhirnya saya membuat keputusan untuk menduduki IELTS. Saya telah mengunjungi pejabat IDP di Subang Jaya [berhampiran dengan Tailor University College]. Menurut kerani yang bertugas, saya dibenarkan mengambil kesemua modul peperiksaan tersebut pada 5 April 2008. Syahrul akan turut menduduki peperiksaan tersebut pada hari yang sama. Keputusan dijangka akan dikeluarkan pada 18 April 2008. Saya berharap untuk mendapat sekurang-kurangnya band 6 dalam peperiksaan ini.

Comments

Assalamualaikum..

InsyaAllah encik..
saya doakan semoga encik berjaya..mudah2han segalanya dipermudahkan oleh
Allah S.W.T..insyaAllah..
Waalaikumussalam Nurhuda,
Terima kasih kerana mendoakan saya. Saya juga doakan supaya Nurhuda berjaya di sini dan di sana.
Terima kasih Encik Halim..
mudah2han samalah kita berdoa..insyaAllah..

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?