Lampu sakit


Lampu sakit - Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh anak saya Maryam, 1 tahun 9 bulan apabila melihat salah satu dari mentol lampu liplap kesukaannya tidak menyala. Anak saya yang seorang ni memang banyak cakap walaupun kadangkala tak dapat difahami apa yang dimaksudkannya. Contohnya kata-kata lampu sakit digunakannya untuk menyatakan lampu rosak. Kadangkala keadaan akan menjadi kecoh apabila dia membuat gurauan yang berlebihan dengan mengambil pensil, pemadam ataupun buku abang dan kakaknya yang sedang membuat kerja sekolah.

Comments

Assalamualaikum..

En Halim..

Apa khabar? Comelnya anak encik..
Saya doakan semoga dia menjadi anak yang solehah..Aminn..:)
Terima kasih Nurhuda. Amin.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?