Proposal defense adalah satu peristiwa yang boleh menyenakkan perut, 22.1.2009 - peringkat fakulti dan 11.2.2009 - peringkat IPSIS. Alhamdulillah, walaupun kedua-duanya telah berjaya dilalui dengan gred 1 dan 2, namun cabaran yang menunggu selepas ini tentulah lebih besar. Bak kata Penyelia 1: Apa yang ada dalam proposal ni belum tentu betul lagi, mungkin ada perubahan besar lagi yang perlu dibuat dalam baki tempoh yang masih ada. Menyingkap kenangan semasa membentang di Fakulti, belum sempat habis membentangkan objektif kajian, soalan bertubi-tubi telah ditanyakan. Masa 30 minit yang diberi tidak mencukupi hingga terlajak menghampiri satu jam. Keadaan yang hampir sama berlaku semasa pembentangan kedua di IPSIS. Bezanya, soalan bertubi-tubi dikemukakan setelah selesai pembentangan. Saya terfikir, bagaimanakah agaknya keadaan semasa pembentangan akhir (VIVA) nanti. Semoga Allah mempermudahkan.
Comments