Salam Syah. Pertama sekali tahniah sebab dah dibenarkan untuk 'defend' proposal awal. Itu kira 'terror' tu. Kedua, tak apa la tak dapat jengah Taman Mini Malaysia. Kat Perth kan banyak 'Park'.
Anonymous said…
Salam En Halim,
Amacam progress PhD ....hope going smoothly ye...Insyallah. Bercuti bersama keluarga boleh menenangkan fikiran sejenak kan....
Waalaikumussalam Kamal... Saya harap ianya boleh dikatakan sebagai progressing...Namun tempoh tiga tahun bagaikan berada di lautan yang luas yang disulami ombak dan badai..Selamat bercuti juga untuk Kamal.
mybe januari nih.. PJJ jer.. tak mampu nak buat full time rasanya..
ooo abg ada emel tak? nanti sy bg gmbr sy.. mana tau terserempak selalu kan.. tp sy ni jenis dok umah jer mcm pompuan.. jarang kuar ke bandar tuh.. lgpun sgmt ni takda pape.. hehe
tu lah.. da penat jadi org bawahan, nak jugak merasa jadi pentadbir.. lagipun skang ni kos idup da semakin tinggi.. nanti masa anak2 sy nanti tak tau la pulak mcm mana tinggi kos idup tu..
Proposal defense adalah satu peristiwa yang boleh menyenakkan perut, 22.1.2009 - peringkat fakulti dan 11.2.2009 - peringkat IPSIS. Alhamdulillah, walaupun kedua-duanya telah berjaya dilalui dengan gred 1 dan 2, namun cabaran yang menunggu selepas ini tentulah lebih besar. Bak kata Penyelia 1: Apa yang ada dalam proposal ni belum tentu betul lagi, mungkin ada perubahan besar lagi yang perlu dibuat dalam baki tempoh yang masih ada. Menyingkap kenangan semasa membentang di Fakulti, belum sempat habis membentangkan objektif kajian, soalan bertubi-tubi telah ditanyakan. Masa 30 minit yang diberi tidak mencukupi hingga terlajak menghampiri satu jam. Keadaan yang hampir sama berlaku semasa pembentangan kedua di IPSIS. Bezanya, soalan bertubi-tubi dikemukakan setelah selesai pembentangan. Saya terfikir, bagaimanakah agaknya keadaan semasa pembentangan akhir (VIVA) nanti. Semoga Allah mempermudahkan.
Inilah wajah rakan baru saya dipandang dari depan dan belakang. InsyaAllah dia akan menjadi rakan karib saya untuk tempoh tiga tahun yang akan datang. Ia boleh didapati dengan harga RM1399. Butir-butir mengenai spesifikasi rakan saya ini seperti berikut: Ultra Low Voltage CPU AMD LX-800 8” Wide Screen Display (800 x 480) Lightweight @ 1 kg only 4-in-1 Card Reader Wireless LAN 802.11b/g Built-in 60Gb HDD 1Gb RAM Built-in Web Camera LAN Slot RJ-45 USB Port x2, VGA Port x1 Polymer Battery
Anak lelaki saya yang berumur 7 tahun begitu teruja melihat wau yang seakan-akan berbentuk lebah tergantung di dinding rumah neneknya. Dia begitu teruja bila pakciknya 'menerbangkan' wau tersebut ke udara. Makin lama makin tinggi di udara. kelihatan seperti seekor lebah yang terbang untuk menghisap madu atau untuk menyengat mangsa. Sejak dari itu anak saya begitu berminat untuk mengetahui tentang cara-cara membuat wau. Yah, macam mana rupa pokok buluh? anak saya bertanya semasa balik dari sekolah. Dalam perjalan dari UiTM ke rumah, saya menunjukkan serumpun pokok buluh kepadanya. Oh macam tu pokok buluh. Bagusnya kalau kat rumah kita ada pokok buluh, katanya. Abang nak buat apa dengan pokok buluh tu? tanya saya. Abang nak buat wau. Boleh tak ayah ajar abang macam mana nak buat wau? balasnya. Hai... nampaknya saya kena belajar buat wau pulak.
Comments
En. Halim apa khabar?
InsyaAllah moga2 anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati ibu dan ayah..:)
Anak saya dah lama tak jengah ke Taman Mini Malaysia!!
Amacam progress PhD ....hope going smoothly ye...Insyallah. Bercuti bersama keluarga boleh menenangkan fikiran sejenak kan....
Anyway....selamat bercuti.
Bila nak mula study? Terserempak? Mungkin pernah mungkin tak. Tunjuk la gambar biar abang kenal muka Wanz yang mana satu...
ooo abg ada emel tak? nanti sy bg gmbr sy.. mana tau terserempak selalu kan.. tp sy ni jenis dok umah jer mcm pompuan.. jarang kuar ke bandar tuh.. lgpun sgmt ni takda pape.. hehe
Alamat emel: mhalim@johor.uitm.edu.my