Tentang nama dan basikal


Anak lelaki saya yang berusia 7 tahun, mempunyai nama yang sama dengan datuk saudaranya (iaitu adik bungsu ibu saya). Menurut ibu saya, adiknya tidak pandai naik basikal. Bila ayahnya belikan basikal, dia gantung basikal tersebut di bawah rumah. Yang peliknya bila nak ke mana-mana, kawan-kawannya akan senang hati untuk mengambilnya di rumah. Apabila dewasa, kawan-kawannya beli motosikal, namun dia lebih suka berjalan kaki atau naik bas. Dia tidak pandai naik basikal dan motor sehinggalah dia berumahtangga dan beranak cucu. Kini dia mampu memiliki kereta, namun dia tidak pandai memandu. Apabila nak ke mana-mana dia akan menyuruh anaknya menghantar atau mengupah orang untuk membawa keretanya.
Kisah ini saya ceritakan kepada anak lelaki saya semasa dalam perjalanan balik kampung. Kata saya: abang tau tak, nama abang sama dengan nama pakcik ayah. Dia tak pandai naik basikal sampai sekarang ni. Abang menjawab: tapi abang nak bawa kereta je. Saya kata: pakcik ayah tu, tak pandai bawa kereta sebab dia tak pandai naik basikal. Dia takut nak pegang 'handle' basikal. Dia pun takut nak pegang stereng kereta. Anak saya diam.

Di kampung, saya suruh anak saya mencuba baikal sepupunya. Mula-mula naik asyik jatuh saja. Saya beri semangat padanya: Ayah yakin abang boleh buat. Semasa dia berjaya mengayuh tiga kayuhan, saya tepuk tangan memberi semangat kepadanya. Dia kelihatan lebih bersemangat. Pada tengahari tersebut anak saya telah berjaya mengayuh basikal sepupunya. Saya bersyukur. Mudah-mudahan anak saya tidak jadi seperti datuk sudaranya.

Selesai berlatih, anak saya berkata: Yah, abang nak basikal warna biru. Kakak yang tak masuk dalam cerita pun tumpang semangkuk: Kakak nak yang warna merah.

Comments

Anonymous said…
salam, lucu jugak ...terpaksa bagi semangat supaya dia nak naik basikal...takut tak nak bawa kereta jugak
Salam Anon...Memangla lucu. Sekarang ni dah pandai naik basikal dia, nak cuba basikal kakaknya pulak.
Anonymous said…
Kenangan manis bersama anak2 hanya sementara!!Buatlah sesuatu yg terindah dan terbaik buat mereka.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?