Musim berkhatan datang lagi

Musim berkhatan datang lagi. Bila cuti panjang persekolahan, anak-anak lelaki yang dah bersekolah rendah mula kecut perut takut dikhatankan. Tidak terkecuali anak saya. Satu demi satu kawan-kawannya dikhatankan, Amin 6 tahun, Amar 7 tahun, Wafi 8 tahun, Aiman 10 tahun dan ramai lagi.
Bila abang nak sunat? Saya bertanya bila sekolah dah mula cuti. Dia pun jawab: Isnin depan pun boleh. Jadi pagi itu saya bawa dia ke klinik untuk berkhatan. Bila sampai di klinik, dia mula tak tentu hala. Menangisnya menjadi-jadi. Akhirnya temujanji pada hari itu terpaksa dibatalkan.
Bila sebenarnya abang nak sunat ni? Tanya saya lagi minggu lepas. Isnin depanlah yah: dia menjawab. Semalam, Isnin 24.11.2008, selamatlah anak saya dikhatankan. Ayah dan umi doakan supaya abang cepat sembuh.

Comments