Mendidik anak-anak bersabar?
Menaiki keretapi ke KL Sentral dari Segamat pada pukul 2.00 pagi, kemudian menaiki KTM Komuter ke Shah Alam merupakan rutin perjalanan mingguan saya yang memerlukan kesabaran tahap tinggi. Apa yang nak disabarkan? Kadangkala keretapi hanya sampai di Segamat hampir pukul 3.00 pagi walaupun pada tiket tertera 1.30 pagi. Kedua, kadangkala tempat baring yang ditempah telah diisi oleh oleh orang lain yang sedang nyenyak tidur. Pernah sekali, keretapi berjalan terlalu perlahan hingga sampai di KL Sentral pada pulul 7.30 pagi(sepatutnya 6.00 pagi). Itu kisah saya pada semester Jun-Disember 2008.
Anak-anak juga saya rasa perlu dididik untuk bersabar. Mungkinkan membawa anak-anak naik dan turun komuter boleh mendidik anak-anak untuk bersabar?
Jadi, pada awal cuti sekolah yang lepas, saya telah membawa anak-anak ke Shah Alam. Salah satu aktivitinya ialah menaiki komuter dari Shah Alam ke KL Sentral. Mulanya mereka seronok bila dapat tahu nak naik keretapi. Kami sampai di stesen Komuter Shah Alam disambut oleh hujan lebat. Semasa sedang beli tiket, komuter dah sampai. Terpaksa berlari menaiki jejantas dan sempat masuk ke dalam komuter, dapat tempat duduk. Anak-anak senyum gembira dapat pengalaman pertama naik keretapi. Kami selamat sampai di KL Sentral 45 minit kemudiannya.
Bila kami turun untuk kembali ke Shah Alam. Kami dapati terlalu ramai penumpang yang sedang menunggu. Anak-anak pula dah kepenatan dan tak sabar nak balik ke Shah Alam. Kami gagal menaiki tren pertama kerana penuh sebelum diisi. Akhirnya kami dapat menaiki tren kedua 30 minit kemudiannya. Anak-anak semuanya tertidur hingga sampai ke Shah Alam. Hmm... memang sukar untuk mendidik anak-anak untuk bersabar.
Comments
Perkhidmatan KTMB antarabandar lately dah ok. Dari bulan Jan hari tu sehingga last week, every week saya naik tren, hanya dua kali sahaja lewat, yg pertama lewat 10 min dan yg kedua lewat 20 min, tapi masa tiba di KL Sentral tetap sama, iaitu 6:15pg (awal 8 minit daripada jadual)...
Perkhidmatan pada tahun lalu memang sangat teruk, ia bukan sekadar menyusahkan, malah kekadang saya rasa menyeksakan!! Departure lewat menyebabkan saya terpaksa turun di Seremban utk solat subuh, kemudian sambung komuter ke KL Sentral yang penuh sesak dengan segala macam manusia (yang paling tak tahan ialah segala macam pakaian dan perangai yang bukan-bukan!!@#$%$&$#@!)... apapun ia semua adalah satu tarbiyah (tanpa kata2) yang kalau diperhalusi mampu mengingatkan siapa kita yang sangat lemah ini, semakin kita lihat kelemahan diri semakin kuat kita pergantungan kita kepada ILLAHI...
Saya setuju benar, ia memang menguji kesabaran! Dan membawa anak-anak untuk melalui kesemua ujian kesabaran itu melalui tarbiyyah bil-hal itu adalah satu langkah yang sangat baik..
WALLAH hu a'lam.
Pengalaman yang menduga kesabaran tersebut sebenarnya berlaku sepanjang semester 1 - Jun hingga Disember 2008. Untuk semester 2, saya selalu berkereta ke Shah Alam sebab harga pertol dah turun sikit.
Sham, alhamdulillah saya dengar memang perkhidmatan KTM antarabandar sekarang dah efisien. InsyaAllah, ada masa mungkin kita bertemu di sana.