Chiaq

Chiaq - itulah nama julukan rakan serumah saya semasa mengambil ijazah dahulu (dia suka dengan nama itu). Dia seorang yang baik tapi nakal sikit. Agak liat sikit untuk bagun pagi dan solat subuh. Kadangkala saya terpaksa menyebut "inna liLlahi wa inna ilaihi rajiun" di telinganya untuk mengejutkannya di waktu pagi. Selepas tamat pengajian kami jarang bertemu. Namun kadangkala ada juga berutus sms.



Baru-baru ini saya ada menerima sms dari beliau lebih kurang pukul 5.00 pagi. Sms tersebut mengandungi do'a, antaranya, Ya Allah! Engkaulah yang maha mengetahui dan maha pemurah, sekiranya ada rezekiku di langit, Kau turunkanlah, sekiranya ada di dalam bumi Kau keluarkanlah........ Sms yang sama saya terima esoknya dengan ayat do'a yang sama.





Hari ini, secara kebetulan saya telah bertemu beliau di sebuah R&R. Kami berbual seketika, bertanya perkembangan antara satu sama lain. Saya sempat bertanya tentang sms yang beliau hantar di awal pagi dengan do'a-do'a. Dengan selamba dia menjawab: Kan Abang Long (panggilan beliau kepada saya) yang selalu ingatkan saya dulu. Abang Long selalu membaca inna liLlah... untuk saya. SubhanaLlah. Manusia boleh berubah apabila Allah berkehendak. Kini beliau konsisten dengan solat malamnya. Semoga beliau dan isteri beroleh ketenangan yang dicari-cari selama ini.

Comments

Syah said…
Salam.

Lama kita tak berutus khabar!

Nama Chiaq tu mcm familiar aje. Budak ITM Segamat ke dulu?
Salam Syah,

Betul tu Syah. Dah agak lama kita tak berutus khabar.

Pertama sekali, tahniah atas kenaikan pangkat baru-baru ini.

Namanya memang dikenali di Segamat.
Syah said…
Kalau gitu, tentu Chiaq budak Komander Kesatria, student DIB kalau tak silap. Rendah2 orangnya.

Kirimkan salam saya pada dia.

p/s terima kasih en halim. Tunggu saya belanja en halim nanti.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?