Rel langsir dan screwdriver


Rel langsir di bilik pejabat saya telah berusia 20 tahun. Sejak dua tahun lepas, ianya semakin uzur dan reput. Hampir dua tahun lepas, saya telah membuat aduan supaya rel tersebut dibaiki atau diganti. Namun selepas menunggu dua tahun rel gantian tidak kunjung tiba. Saya rimas melihat langsir yang tergantung tidak kemas umpama daun pisang tua ditiup angin. Saya bertekad akan perbaiki sendiri rel tersebut.

Pagi ini, berbekalkan dua buah screwdriver, saya dengan skill yang terbatas dan berat badan yang telah meningkat, telah memanjat tingkap bilik dan berjaya menanggalkan rel langsir yang telah reput. Dalam masa lebih kurang 30 minit, saya telah berjaya memasangnya semula di tempat asal. Alhamdulillah. Kini langsir di bilik tidak lagi kelihatan seperti daun pisang tua yang ditiup angin. Inilah agaknya yang orang-orang tua kata: kalau tak ada gading bertuah, tanduk pun berguna juga.

Comments

IlhamHamdani said…
Salam Hormat buat Tuan Halim,

Aha, kadang-kadang bakat terpendam ini akan menjelma bila kena jadi bidan terjun.. hehe

IlhamHamdani,
Canberra, Australia
Salam saudara Ilham...

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan pesanan.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

Burung Tiong