Apa ada pada nama?
Nama 1
Saya tamat pengajian Diploma Perakaunan pada tahun 1991 semasa ekonomi mula pulih dan banyak peluang pekerjaan. Saya diterima bekerja oleh Mayban Finance Berhad (dulu anak syarikat Maybank, kini telah bergabung dengan Maybank). Menghadiri kursus induksi umpama masuk semula ke kelas kerana 80% dari kami adalah dari ITM (kini UiTM). Kenapa mereka mengambil sebegitu ramai budak-budak ITM? Kerana dulu ITM ada nama.
Nama 2
Saya tidak lama bersama Mayban Finance kerana selalu diganggu oleh rakan sekerja. Rakan sekerja yang pangkatnya lebih rendah terlalu baik dengan pengurus hinggakan semua kerja yang saya nak buat kena rujuk pada rakan sekerja. Sebahagian dari kerja saya telah diambilnya sehinggakan saya kelihatan "kurang kerja". Kenapa dia buat macam tu? Kerana nama.
Nama 3
Selepas berhenti dengan Mayban Finance, saya diterima masuk bekerja dengan Arab-Malaysian Unit Trusts Berhad (kini AMInvest). Bekerja dengan syarikat yang menguruskan pelaburan, pada mulanya seronok. Ketua eksekutif pun baik hinggalah satu peristiwa berlaku. Satu panggilan penting untuk beliau telah masuk ke talian saya (nota: kami mempunyai nama yang sama). Mulai dari saat itu beliau telah mengarahkan supaya nama panggilan untuk saya ditukar kepada Mat. Kekallah nama Mat itu untuk saya selama setahun, hingga saya berhenti kerja untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana.
Comments
NAMA..
Adakala penting untuk sebarang tindakan yang menuntut keperluan mndesak,
adakala kurang penting bagi tujuan sekadar mendapat NAMA.
-Andeh-
Wah, satu topik yang menarik!
Sudah seperti satu fesyen, fenomena dan budaya di Malaysia - mengarang nama, paling panjang, paling bagus.
Maka lahirlah, nama-nama anak yang serba canggih: Putera Muhammad Abdul Daniel Syah bin Abdul Rahman, sekadar contoh. Pendek kata, tak cukup kotak untuk isi sebarang jenis borang ..:)
Maka lahirlah, nama-nama seperti Datuk Paduka Hj Dr XYZ bin Datuk Temenggung Di-raja ABC, siap ada Yang Berbahagia lagi di depannya, diletakkan sendiri .. hehe
Aha,di sini, Perdana Menterinya cuma dipanggil Mr. Kevin Rudd. Titik.
IlhamHamdani,
Canberra, Australia
sebenarnya banyak maksud yang tersirat dalam tajuk ini. Semoga saudara Andeh dan Ilham mendapat rahmat dari Allah.
NAMA HANYA UNTUK DIKENALI DAN MENGENALI. TANPA NAMA ORANG TIDAK KENAL KITA DAN ORANG AKAN PANGGIL KITA HOI ATAU HAI ATAU ATAU ATAU.....KITA TENTU MARAHKAN KALAU KITA DI PANGGIL HAI ATAU HOI... DENGAN SEBAB ITU ADA BENDA PADA NAMA. APA BENDANYA? NAMA.....?
Terima kasih atas nasihat tersebut.