Kematian - satu peringatan

Sudah beberapa kali saya ingin menulis tentang kematian. Tetapi entah kenapa saya gagal untuk menulisnya. Pagi ini saya bersama seorang sahabat pergi menziarahi seorang sahabat lain yang kematian ibunya.

Bila ada orang meninggal, saya selalu teringatkan sebuah hadith tentang kematian yang masyhur, yang bermaksud: barangsiapa yang mati dari kalangan anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga: sedekah jariah; ilmu yang diajarkan dan; anak soleh yang mendoakan.

Hari ini saya melihat sendiri bagaimana ibu tua yang mulia ini rupanya telah meninggalkan anak-anak yang soleh. Solat jenazah untuknya telah dipimpin oleh anak lelakinya sendiri - seorang imam dan pendakwah. Jenazah dikebumikan oleh anak-anak dan cucu-cucu lelakinya.Bacaan talqin di atas kuburnya pula dilakukan oleh menantu lelakinya - juga seorang imam di kampung tersebut. SubhanaLlah. Bagaimanalah agaknya ibu ini dan suaminya mendidik anak-anaknya dulu.


******

Kami (saya dan isteri) selalu berkongsi cerita dan cita-cita dengan anak-anak. "Abang dah baca doa selepas solah tadi?" Saya biasa bertanya kepada kepada anak-anak selepas solat berjemaah dengan mereka. Kadang-kadang mereka menggelengkan kepala. "Kalau abang dan kakak tak berlatih berdoa sekarang, siapa yang akan bacakan doa untuk ayah dan umi bila kami mati nanti". Mereka tergamam.

Comments

Adliff said…
Salam,
Ustad Halim,

Kata pepatah melayu ada menyatakan,

"jika anak sedari kecil tidak dilatih,sudah besar kelak ibu bapanya letih"
Salam Aliff,

Masa bergerak begitu pantas, 30 tahun dulu saya sebaya anak saya sekarang. Macam-macam didikan, nasihat dan latihan yang diterima. Hmm... kini giliran saya pula memberikan perkara yang sama untuk anak-anak.
Kita yang mencorak mereka...Sama sama kita berdoa...
Salam Kamarul,

Kita perlu berterus-terang dengan anak-anak tentang halatuju kehidupan yang hendak kita bawa. Kita kena berkongsi cita-cita untuk mendapat Syurga dengan mereka supaya mereka juga memahami.
Anonymous said…
zali dedap,
bila baca kisah ini, teringat semasa arwah ayah saya meninggal.Dengan tak pernah disangka dan diduga sepanjang hayat,apabila hendak disembahyangkan jenazahnya, tiba-tiba imam bertanya ada atau tidak anak-anak arwah hendak jadi imam.Tanpa pikir panjang, kaki ni terus berjalan ke depan dan mengimamkan solat jenazah ayah saya.Amin. Allah Maha Agung.
Salam Abang Zali,

Memang begitulah sepatutnya. Apatah lagi Abang Zali memang dah biasa jadi imam sejak dulu. Saya pun dah biasa jadi makmum Abang Zali masa jadi student 20 tahun dulu.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?