Debaran IID 2009

Akhirnya saat-saat mendebarkan IID 2009 telah berakhir. Penerima pelbagai pingat dan penyandang pelbagai kategori telah diketahui. Alhamdulillah, rezeki saya setakat ini adalah pingat perak.

Penyelia 1 kata: Tahniah, kalau you tak masuk you tak dapat apa-apa, sekurang-kurangnya dapat perak. Penyelia 2 kata: Tahniah, mari sertai kami dalam IID 2010. Saya sekadar mampu mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya yang banyak memberi sokongan. Terima kasih juga kepada isteri tercinta yang sentiasa memberi sokongan.

Gambar 1: Puan Saunah sedang menilai produk yang saya pamerkan.


Gambar 2: Prof. Kamil dan PM Yusri sedang mendengar penerangan.

Comments

wan sgmt said…
Tahniah ya bang atas pingat IDD 2010..
Terima kasih Wanz. 2009 punya.
HishamMB said…
Salam.

Tahniah atas kejayaan. Semoga akan lebih cemerlang dalam pertandingan-pertandingan inovasi yang akan datang... sama-samalah kita usaha, semoga kita dapat sumbangkan sesuatu untuk meningkatkan BILANGAN MUSLIM SCHOLARS yang TERBILANG, amiin...
Salam Sham,

Terima kasih. Tahniah juga untuk Hisham atas kejayaan yang gemilang semalam. Sekurang-kurang saya telah belajar sesuatu melalui pertandingan ini.
Kamarul said…
tahniah...semoga lebih berjaya di masa akan datang dunia dan akhirat...Amin
Terima kasih Kamarul. Semoga kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Syah said…
Salam En Halim,

Tahniah!

Akan datang boleh la kami join sekali.
InsyaAllah Syah, kita jumpa di sana tahun depan.
Assalamualaikum...

Tahniah Encik Halim..

InsyaAllah..saya doakan Encik Halim terus berjaya..:)
Waalaikumussalam...

Terima kasih Huda. Tahniah atas kejayaan cemerlang Huda dalam pengajian. Semoga jadi pendidik yang yang cemerlang.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?