6-8-2008. "Salam En. Zul, buku saya dah siap dicetak ke belum?" Sms saya pada En. Zulkifli, Koordinator Sains Kemasyarakatan UPENA. "Dah siap dan dah boleh ambil salinan penulis, " bunyi smsnya. Petang itu juga saya ke pejabat pentadbiran UPENA untuk mengambil buku salinan penulis. Saya belek depan dan belakang buku tersebut untuk melihat kualiti penerbitannya. Ternyata kerja-kerja penerbitan kakitangan UPENA kini semakin berkualiti. Alhamdulillah. Akhirnya penantian selama 2 tahun 7 bulan untuk melihat buku ini diterbitkan berakhir. Kenapa sampai 2 tahun 7 bulan? Inilah yang dikatakan ketentuan Allah S.W.T. InsyaAllah buku ini boleh dimanfaatkan terutamanya oleh pelajar-pelajar DIA semester 5 kerana isi kandungannya selaras dengan kandungan silibus Financial Accounting 5 [FAR 300].
Comments
Anak saya, Fatihah ada bercerita tentang Ahmad menolak hadiah air kotak saiz besar, sebab berat katanya. Tapi tak tau pula sampai dirotan kerana tidak menerima hadiah. Hmmm...akibat dapat 100 markah...
Noraini Ismail
Kita ni hamba yang lemah, kadangkala khilaf dalam membuat andaian atau tafsiran. Namun pertemuan kami dengan cikgu (dengan izin Allah) telah dapat meleraikan perkara yang kusut. Ia satu kurniaan Allah dan pengalaman bermakna buat kami.