Menolak Hadiah 2

Saya berbincang dengan isteri bagaimana untuk menyelesaikan konflik yang agak berpanjangan antara anak kami dengan gurunya. Kami mengambil keputusan untuk bertemu dan berbincang sendiri dengan guru anak kami di rumahnya. Pagi tadi kami bertandang ke rumahnya dengan harapan yang menggunung agar konflik ini selesai.

Kami berbincang panjang lebar dari hati ke hati dengan cikgu A. Memang jelas ada salah andaian di pihak anak saya dan pihak cikgu A. Kami sebagai ibubapa memohon kemaafan atas kesilapan anak kami mengguris perasaan gurunya. Cikgu A juga memohon maaf kerana membuat andaian yang tidak tepat kepada kami dan anak kami. Kami amat berterima kasih kepada cikgu A kerana memahami keadaan sebenar dan berjanji akan terus membantu mendidik anak kami. Semoga hubungan kami, anak kami dan cikgu A akan menjadi lebih baik selepas ini. Semoga cikgu A dan guru-guru lain diberkati oleh Allah.

Comments

Anonymous said…
zali ptdi uitm segamat,
anak adalah amanah Allah yg diserahkan oleh Allah kepada kedua org. ibubapa untuk menjaga, mendidik dan membesarkan mereka dan seterusnya untuk melihat kejayaan mereka dunia dan akhirat.
berbincang dengan cik gu mengenai anak-anak kita adalah satu langkah yg. bijak demi utk kebaikan kita bersama. cik gu tidak tahu mengenai latar belakang dan sikap anak2 kita seratus peratus. maka timbullah syak wasangka yg. bukan2 dilemparkan oleh cik gu terhadap kedua ibubapa dan anak2 kita. langkah terbaik yang dilakukan oleh en halim untuk bersemuka dengan cik gu terbabit adalah amat bijak. wassalam.
Terima kasih atas pandangan Abang Zali. Memang benar kenyataan Abang Zali. Anak kita yang hanya beberapa orang sajapun dah berbeza pembawaan (perangai) masing-masing. Apatah lagi guru yang mempunyai anak (murid) yang ramai dalam kelasnya. Ia pengajaran yang amat berguna bagi kami.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?