Naik pangkat

Naik pangkat? Sebenarnya bukan saya yang naik pangkat, tapi anak-anak yang belajar di SRAB.
Kakak yang berada di tahun 6 telah dilantik sebagai penolong ketua pengawas dan penolong ketua persatuan bulan sabit merah, manakala Abang yang berada di tahun 3 pula telah dipilih menjadi ketua kelas.
Saya tak berapa risau sangat tentang perlantikan Kakak ke jawatannya sekarang. Saya fikir Kakak agak mampu menjaga diri dan mengawal emosinya. Namun saya agak risau dengan pemilihan Abang sebagai ketua kelas. Lalu saya berjumpa dengan guru kelasnya semasa pendaftaran bulan lepas. "Ustazah, boleh ke anak saya tu jadi ketua kelas? Dia tu kan Ustazah tahu, kadang-kadang ada 'angin' sikit", tanya saya. "Tak apa, dia masih budak lagi, masih boleh dibentuk. Lagipun kawan-kawannya dah pilih dia melalui undian", kata guru kelasnya.
Sebulan telah berlalu, setakat ini belum ada lagi masalah serius yang dihadapi oleh Kakak dan Abang dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Saya berdoa kepada Allah agar mereka menjadi manusia yang soleh, adil dan bertanggungjawab.

***********

Suatu petang, balik dari sekolah, Kakak bercerita, "ayah tahu apa yang berlaku di sekolah hari ini? Ahmad jadi imam solat zohor untuk budak tahun 1 hingga 3". "Betul ke Bang? Kat rumah kadangkala ayah nak suruh iqamat pun tak nak", saya mengusik. Abang hanya tersenyum.

Comments

Adliff said…
Salam,

Wah, bagusnya Ahmad. Berani! :).

Anak-anak saudara saya yang berumur 5-7 tahun sedang belajar sembahyang dan jadi imam. Alhamdulillah, pendidikan agama yang mereka perolehi sudah nampak hasilnya.

Melentur buluh dari rebungnya!
Salam Aliff, alhamdulillah ada perubahannya tapi anginnya masih ada sedikit-sedikit. Saya teringat komen Aliff dalam entri saya terdahulu kalau anak-anak tidak dilatih nanti ibu-bapanya yang letih. Apapun, tahniah untuk anak-anak saudara Aliff tu.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?