Halaqah - pemurah dan pengasih

Malam tadi saya meminta Abang untuk membacakan surah al-Fatihah dan maknanya. Kemudian saya menjelaskan:

Pemurahnya Allah ya anak-anak. Allah itu bersifat pemurah dengan semua hambaNya tidak kira sama ada ia beriman atau tidak. Allah tidak menyekat cahaya matahari dari menyinari bumi orang beriman ataupun orang tidak beriman. Allah tidak menyekat hujan dari membasahi bumi. Allah tidak menyekat air dari mengalir ke tempat orang-orang tidak beriman. Pemurah Allah samarata kepada semua hambaNya. Ada satu kisah di zaman Nabi Ibrahim:


"Seorang tua datang untuk menumpang tidur di rumah nabi Ibrahim kerana di luar hujan lebat. Apabila didapati orang tua tersebut tidak beriman, maka Nabi Ibrahim meminta orang tua tersebut meninggalkan rumahnya. Tidak lama selepas itu Malaikat Jibril pun datang membawa teguran dari Allah SWT. Allah yang Maha Pemurah tidak pernah menyekat rezeki kepada orang tersebut walaupun tidak beriman selama berpuluh-puluh tahun, ini baru nak menumpang satu malam pun dah kena halau. Mendengar ini, Nabi Ibrahim menjemput orang tua yang tidak beriman tadi untuk bermalam di rumahnya."



Namun pengasihnya Allah adalah untuk hamba-hambaNya yang mukmin-muslim sahaja. Bagi orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, Allah berikan kepada mereka ganjaran pahala, rahmat dan syurganya. Bagi yang ingkar, mereka tidak akan terlepas dari balasan Allah SWT.


Jadi anak-anak, oleh kerana pemurah dan kasihnya Allah kepada kita, sudah sepatutnyalah kita sentiasa memuji-mujiNya, mengakui sifat pemurah dan pengasihNya, mengakui penguasaanNya terhadap hari pembalasan. Menyembah dan memohon hanya kepadaNya. Memohon ditunjukki jalan yang lurus. Memohon untuk turut melalui jalan yang pernah ditempuhi oleh orang-orang yang telah diberi nikmat (iman dan Islam), bukan jalan orang yang dimurkai (yahudi) dan bukan jalan orang yang sesat (nasrani). Semoga dengan itu Allah akan melmpahkan rahmatnya kepada kita.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?