Rezeki tertangguh

12.2.2010
Semalam, saya dapat surat bertarikh 10.2.2010 dari Ketua Unit IT menyatakan sebuah pc sewa akan dipasangkan ke bilik saya. Saya diminta menghubungi staf yang bertugas untuk menetapkan tarikh pemasangan. Hari ini pc tersebut telah selamat dipasangkan. Walaupun ia bukan sebuah pc baru, ia lebih baik dari pc yang sedia ada di bilik saya yang telah berusia menghampiri 7 tahun. Alhamdulillah, kalau sudah ditetapkan oleh Allah rezeki kita, cepat atau lambat, ia akan sampai juga. Tentu ada hikmah yang saya perlu renungkan.

Comments

Kalau dah jodoh tak ke mana...

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?