Usia kita

Tak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nabi yang sangat menyayangi umatnya hingga ke akhir hayat baginda. Adakah kita juga sayang kepada baginda. Tentu sebahagian besar dari kita akan mengiakan soalan ini. Disebabkan kasih dan sayangnya Nabi kepada kita, Nabi mengajar kita tentang Islam. Nabi tidak jemu-jemu menyampaikan dakwahnya supaya semua manusia hidup dengan panduan Allah SWT. Kerja dakwah baginda diteruskan oleh sahabat-sahabat baginda tanpa jemu hinggalah Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia.


Nabi pernah bersabda kepada sahabat-sahabatnya yang dialognya lebih kurang begini:

Nabi: Aku merindui saudara-saudaraku.

Sahabat: Bukankah kami ini saudaramu ya RasuluLlah.

Nabi: Bukan, kamu adalah sahabat-sahabatku.

Sahabat: Lalu siapakah mereka ya RasuluLlah?

Nabi: Mereka itu tidak pernah bertemu denganku, namun mereka mencintaiku dan melaksanakan kerja-kerja dakwah sepertiku. Ganjaran untuk mereka adalah 50 kali.

Sahabat: Adakah 50 kali ganjaran berbanding sesama mereka.

Nabi: Tidak, 50 kali dari ganjaran kamu.

SubhanaLlah, besarnya ganjaran orang yang mengikuti kerja-kerja Nabi. Mahukah kita menjadi saudara-saudara Nabi sebagaimana yang diceritakan dalam hadis di atas?

Sempena mengingati hari kelahiran Nabi, marilah kita sama-sama menyemak umur kita mengikut kiraan hijrah. Ia boleh dikira di sini.

Comments

Anonymous said…
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wbt

dear Abg Halim,

mohon permission to mail this entry to my mailing list. just untuk peringatan semua.

thanks and assalamualaikum wbt

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?