Mengajar anak-anak solat berjemaah dan mengaji
Entri kali ini tidak bermaksud untuk mengajar pembaca bagaimana caranya mendidik anak-anak. Ianya lebih kepada rasa untuk mengingatkan kepada diri sendiri tentang pentingnya mendidik anak-anak perkara yang paling asas bagi mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Ibubapa (terutamanya bapa) tidak mempunyai ruang untuk mengelak dari tanggungjawab ini. Satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah sendiri. Sekiranya tidak mampu melakukannya, ibubapa wajib mencarikan orang yang boleh mengajar anak-anak mengenal Allah. Perkara paling asas yang perlu ibubapa ajarkan kepada anak-anak ialah mengenal Allah. Anak-anak sekarang dalam usia yang begitu muda pun terlalu cerdik untuk bertanya kepada ibu dan ayahnya. Ayah! rupa Allah tu macam mana? Ibu! kenapa kita tak nampak Allah? Soalan-soalan yang dibiarkan tidak berjawab menyebabkan anak-anak mencari jawapan sendi...