Kuliah Pagi Jumaat

Pagi ini saya berkesempatan untuk mendengar kuliah pagi Jumaat.

Ada beberapa perkara penting yang saya sempat catat semasa kuliah tersebut berlangsung. Pertama, kita kena tahu asal-usul kita. Ayat yang berkaitan dengan asal-usul kejadian manusia boleh di baca dalam surah al-insan 1-4.

Kedua, kita kena tahu tujuan kita dijadikan oleh Allah SWT. Tujuan hidup manusia dijelaskan oleh Allah dalam surah az-zariyat: 56 yang bermaksud, tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.

Ketiga, kita kena tahu kenapa di akhir zaman ini banyak sangat masalah yang melanda terutama kepada umat Islam. Ianya berpunca dari satu penyakit yang hanya melanda umat akhir zaman. Nabi menjelaskan keadaan pada akhir zaman, manusia akan ditimpa satu penyakit yang tidak pernah menimpa umat sebelumnya iaitu penyakit 'wahan'. Apakah itu penyakit 'wahan' itu? Penyakit wahan itu ialah cintakan dunia dan takut menghadapi kesusahan. Dan yang sedihnya perkara ini melanda sebahagian besar umat termasuklah ulama'.

Keempat, bagaimana caranya untuk menghadapi semua ini. Kita kena kembali memahami apa yang diajarkan oleh Nabi kepada kita. Kita kena tahu mana perkara yang Islam dan mana perkara yang tidak Islam. Untuk itu kita kena menuntut ilmu. Di samping itu, kita kena sentiasa merawat hati kita dengan bacaan al-qur'an, menghayati maknanya dan melaksana dalam kehidupan. Kalau mampu solat malam dan bermunajat kepadanya. Carilah teman-teman yang soleh yang boleh menimbulkan suasana dan persekitaran yang soleh.

Ulama' dulu hanya ingin dua perkara apabila bertemu dengan Allah. Pertama, Allah ampunkan dosa-dosanya. Kedua, dimuliakan oleh Allah di akhirat.

Comments

Adliff said…
Salam,

Ustaz Halim,

Kuliah Jumaat ini mengingatkan saya kepada pesan arwah guru, katanya jangan sekali-kali meninggalkan Al-Quran.

Benar, ramai umat masa kini menderita penyakit wahan tanpa mereka sedari.
Salam Aliff, menurut ustaz tersebut salah satu cara untuk menghadapi penyakit wahan ialah dengan memperbanyakkan membaca Al-Qur'an dan maknanya.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?