Israel serang semula Gaza

Untuk renungan kita bersama. Kekejaman rejim Israel tiada penghujung sejak 1948. Berita ini dipetik dari web Haluan Palestin.
March 24, 2010
Beberapa buah kereta tank dan buldozer Israel telah menyerang wilayah di utara Jalur Gaza pada pagi Rabu (24/3) dan melepaskan tembakan terhadap perumahan warga Gaza.

Saksi melaporkan bahawa kereta kebal Israel melepaskan tembakan ke rumah mereka manakala buldozer menghancurkan tanaman pertanian dan pokok yang terletak berhampiran dengan persempadanan Iriz dan utara Semenanjung Gaza.

Pada Selasa malam yang lepas seorang tentera Israel telah terbunuh akibat tembakan rakan sendiri sementara seorang warga awam Palestin cedera dalam pertembungan sengit dengan pejuang Palestin di sempadan selatan Semenanjung Gaza.
Marilah kita sama-sama menyumbang untuk mereka dalam bentuk kewangan dan do'a.

Comments

Adliff said…
Salam,

Ustaz Halim,

Iya, marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan umat Islam di Gaza menghalang pencerobohan ini. Hati sentiasa sakit bila membaca surat kabar bahagian berita dunia...
Salam Aliff, di samping do'a marilah kita hulurkan sebahagian dari RM kita untuk membantu mereka.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?