Kurus
Semalam saya ke Shah Alam untuk menghantar progress report di Fakulti. Saya terserempak dengan En Arun, yang kini sedang melanjutkan pengajiannya di sana. "Saya tengok En Arun kurus sekarang, tak sihat ke?", saya memulakan perbualan. "Taklah Lim, saya sihat, saya pergi gym. Sekarang dah turun 18kg. Saya nak jaga kesihatan lah Lim."
Saya respect usaha En Arun untuk menjaga kesihatannya.
Bukan apa, kelihatannya kebanyakan rakan-rakan yang menyambung pengajian di peringkat PhD bertambah berat badannya, termasuk saya. Mungkin apa yang dilakukan oleh En Arun ini mungkin boleh menjadi contoh kepada orang lain.
Saya sendiri baru dua kali memulakan exercise pagi dengan berjalan mengelilingi kampus - ia mengambil masa lebih kurang 25 minit. Memang, peluh mencurah-curah selepas warm down (betul ke istilah ni?). Bukan untuk kurus, tapi untuk sihat.
Comments