Rimas

Saya agak rimas. Adakah syarikat-syarikat utiliti ni dah kehabisan wang?
Pembaca meter syarikat bekalan air datang awal memberi bil baru beberapa hari sebelum bil semasa tamat tempoh. Maka terteralah dalam bil, tunggakan dan semasa, perlu dijelaskan segera. Syarikat penyedia bekalan elektrik pun menggunakan 'trick' yang sama, memberi bil baru sebelum bil semasa tamat tempoh. Apakah mereka kekurangan wang?

Mungkinkah ini merupakan tanda-tanda awal tarif semua perkhidmatan tersebut akan dinaikkan? Ataupun, air dan elektrik dibayar secara 'prepaid'?

Comments

Anonymous said…
En. Halim,
Saya pun pening mengalami situasi yang sama. Bayangkan, bulan Ogos lalu bil anggaran elektrik saya RM 1,300. Kalau tak bayar kena potong. Masalahnya, kalau nak buat anggaran pun biarlah berpada-pada, penghuni hanya 3 orang. Tak masuk akal.

intan
Anonymous said…
http://insuranceinstates.com/kansas/Olathe/Arehart%20&%20Ernzen/66061/
Syah said…
Masalah ni!!!

p/s: En Halim, kalo orang tanya, "Bila nak abis study".. pun rimas juga yekk..
Salam Dr Intan, memang tak masuk akal, macam bil elektrik kilang.

(Dr) Syah, memang soalan yang dihadapi hampir setiap hari.
tehbri said…
Salam;

Saya mengalami nasib yg sama. selepas ditukar meter air, bil naik dua kali ganda. Saya pun hairan kenapa caj berganda sedangkan kadar penggunaan tidak berubah. Pening...
Mohd Halim said…
Salam. Cuba saudara cek tarif bulan ni bandingkan dengan bulan sebelumnya..

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?