Rimas
Pembaca meter syarikat bekalan air datang awal memberi bil baru beberapa hari sebelum bil semasa tamat tempoh. Maka terteralah dalam bil, tunggakan dan semasa, perlu dijelaskan segera. Syarikat penyedia bekalan elektrik pun menggunakan 'trick' yang sama, memberi bil baru sebelum bil semasa tamat tempoh. Apakah mereka kekurangan wang?
Mungkinkah ini merupakan tanda-tanda awal tarif semua perkhidmatan tersebut akan dinaikkan? Ataupun, air dan elektrik dibayar secara 'prepaid'?
Comments
Saya pun pening mengalami situasi yang sama. Bayangkan, bulan Ogos lalu bil anggaran elektrik saya RM 1,300. Kalau tak bayar kena potong. Masalahnya, kalau nak buat anggaran pun biarlah berpada-pada, penghuni hanya 3 orang. Tak masuk akal.
intan
p/s: En Halim, kalo orang tanya, "Bila nak abis study".. pun rimas juga yekk..
(Dr) Syah, memang soalan yang dihadapi hampir setiap hari.
Saya mengalami nasib yg sama. selepas ditukar meter air, bil naik dua kali ganda. Saya pun hairan kenapa caj berganda sedangkan kadar penggunaan tidak berubah. Pening...