Posts

Forum Kepimpinan Berteras Qalb Dalam Pengajian Tinggi, PICC, 17 - 18 Feb 2014

Image
Satu forum dengan tema pengajian tinggi berteraskan qalb merupakan satu usaha untuk mengetengahkan semula fungsi pengajian tinggi yang mempunyai qalb. Di dalam agama, qalb merupakan elemen terpenting. Nabi pernah bersabda yang bermaksud: ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia ada seketul daging. Bila baik daging itu maka baik keseluruhan tubuhnya. Bila buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, ia adalah qalb. Hadis ini menjadi dasar kepentingan hati dalam segala urusan kehidupan sama ada urusan peribadi, urusan keluarga, masyarakat, negara mahupun organisasi. IPT sebagai sebagai organisasi yang diberi amanah untuk menghasilkan sarjana perlu ditadbir dan diurus oleh orang-orang yang memiliki hati.

Bertam

Image
Saya baru dua kali mendengar nama ini. Pertama ketika penyerahan kunci kampus Pasir Gudang kepada pihak UiTM dilakukan oleh ADUN Bertam. Kedua, semasa melawat UiTM Cawangan Bertam Pulau Pinang.

Di mana Allah dalam kehidupan kita

Image
8 Januari 2014 - Kolej SMK Saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bercakap dengan pelajar siswi. Saya bertanyakan soalan kepada mereka di mana kita letakkan Allah dalam kehidupan kita sebagai pendahuluan. Saya tidak minta mereka menjawab kepada saya. Sebaliknya saya minta mereka pejam mata dan menjawab kepada diri sendiri. (Bersambung)

Kampus Pasir Gudang

Terletak di atas sebidang tanah seluas 200 ekar berhampiran Seri Alam, Pasir Gudang. Menempatkan 4000 pelajar dari bidang kejuruteraan dan pengangkutan.

Viva PhD

26.10.2011 Saya bertolak ke Shah Alam sehari awal dari tarikh Viva. Jiwa rasa sunyi. Mungkin inilah perasaan semua pelajar PhD bila sampai waktu untuk viva.   Saya dah siapkan awal slaid pembentangan. Namun saya masih bersedia untuk mengubah itu dan ini sekiranya perlu. Saya bawa komputer riba dan projektor lcd bagi tujuan rehearsal di hotel nanti.  Malam itu saya tidak keluar dari bilik. Saya berlatih berulangkali hingga puas hati. Bukan saya saja yang berdebar menanti waktu viva. Isteri dan penyelia saya turut berdebar sama. (Bersambung)

Apa yang aku perolehi dari maulidurrasul

Sudah sekian lama kita menyambut maulidurrasul. Sudah sekian lama kita berarak, berselawat dan membaca berzanji. Sudah sekian lama kita makan nasi kawah sempena maulid. Apakah maulid ini memberi kesan kepada kehidupan kita? Nabi pernah bersabda yang bermaksud: aku tinggalkan pada kamu dua urusan, kamu tak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya - alquran dan sunnahku. Sunnah Nabi yang terbesar ialah akhlaq yang mulia. Ini terbukti dengan penjelasan Nabi dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Namun akhlak mulia ini tidak boleh terhasil sendiri. Ia adalah natijah dari didikan iman kepada Allah. Ia juga merupakan natijah dari ibadah yang benar dan berkesan. Jadi akhlak ini tidak boleh dibuat-buat atau dalam perkataan lain berpura-pura. Berapa banyak contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW bahawa akhlak yang mulia telah menjadi jalan penyelesaian pelbagai ma...

Jumpa cikgu

Image
Hari ni bawa anak2 ke pasar tani Segamat. Di sana mereka bertemu dengan ust Zainuddin, guru mereka semasa sekolah rendah.