Tambang bas naik


"Ayah, pak cik bas kata tambang bas bulan ni naik RM60," kata anak perempuan saya petang semalam. "Ye ke?" kata saya. "Ye yah," anak lelaki saya pula menambah.
Sebelum ini tambang bas sekolah dari Taman Bunga Raya - SRAB - UiTM sebanyak RM40 seorang sebulan. Kini bila naik jadi RM60 sebulan bermakna saya kena bayar RM120 sebulan untuk dua anak saya.
Inilah hakikat yang saya kena terima. Saya tidak boleh menyalahkan pengusaha bas dalam hal ini. Bila harga minyak naik tentu kos operasi mereka juga naik. Kenaikan sebanyak 50% ini mungkin belum cukup untuk menampung perbelanjaan operasi mereka. Dengan kadar inflasi 7% bulan ini, tentu kos penyelenggaraan juga akan meningkat lagi.
Saya dan rakan-rakan pensyarah mungkin mampu untuk menampung kenaikan ini. Bagaimana pula keadaannya dengan rakan-rakan lain?

Comments

wan sgmt said…
mahal juga skang ni kan bang.. nasib bek tiket segamat - jb tak naik lagi.. still maintain... susah juga kalo naik...

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?