Terima kasih Cik bagi kami kerja...


Terima kasih Cik bagi saya kerja! Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Marlina, seorang pensyarah baru merangkap bekas pelajar saya bila terserempak dengan saya di depan Perpustakaan Tun Dr Ismail. Bersama dengan beliau dua lagi rakannya, Liyana dan Hazlia. Masing-masing tersenyum.

Sebenarnya bukanlah saya yang memberi mereka kerja sebagai pensyarah. Saya [sebagai KP BACC ketika itu] cuma memilih nama pelajar-pelajar yang yang lulus dengan cemerlang pada semester akhir Mei 2008 untuk dicalonkan sebagai pensyarah. Rezeki mereka murah. Do'a mereka dimakbulkan oleh Allah. Lalu jadilah mereka pensyarah.

Bila ditanya samada seronok atau tidak menjadi pensyarah. Dengan tersenyum mereka kata seronok. Mereka telah ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar semester 1 dan 3. Saya bersyukur kepada Allah kerana mereka yang saya calonkan benar-benar meminati bidang pendidikan. Langkah mereka masih panjang. semoga mereka terus berjaya.
Ada peluang lagi ke tahun depan? Sapa tahu rezeki kita. Mungkin Payat dan kawan-kawannya akan berpeluang pula.

Comments

Syah said…
Itu bekas pelajar saya tu....

Dah tua rupanya saya ni.
Syah,
Semasa kelas 'research methodology' tiap hujung minggu, ada pelajar yang relatifnya lebih 'senior' dari kita.
Salah seorang darinya seorang pengarah di Institut Juruaudit Dalam [usianya dalam 50+] dan seorang kakitangan awam dari Sarawak [usianya 50+]. kalau ikut yang ni kita masih muda.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?