Segamat - Shah Alam - Segamat 2

Sebagai alternatif kepada memandu, saya telah menerima pandangan beberapa rakan [termasuk rakan maya Wanz]. Saya bertolak dari Segamat pukul 2.00 pagi dengan menaiki keretapi dan sampai di KL Central lebih kurang pukul 6.00 pagi. Selepas solat dan bersarapan, menaiki komuter hingga ke Shah Alam, naik teksi hingga ke Seksyen 2, naik RapidKL untuk pergi ke Fakulti. Habis keperluan di Fakulti, naik semula bas RapidKL ke Seksyen 2, naik teksi ke Sekyen 17 untuk naik bas pula pada pukul 6.00 petang dan sampai di Segamat kira-kira pukul 10.00 atau 11.00 malam. Satu perjalanan yang panjang.

Comments

ROS said…
Ya, satu perjalanan yang panjang, juga satu tempoh waktu yang lama umi dan anak2 tunggu ayah sampai ke rumah semula....huhuhu
Syah said…
Bersabar En Halim. Itu semua dugaan. Saya juga diuji dgn berbagai cabaran di sini.

Namun saya pasrah. Itulah tandanya ALlah maha berkuasa, dan kita hanya insan yang lemah. Namun kita harus berusaha, bertawakal dan berserah kepadaNya.
Umi,
Terima kasih kepada umi dan anak-anak yang terus memberi dorongan kepada ayah.
Syah,
Ini semua baru permulaan. Terima kasih atas nasihat dan semangat yang diberikan. Untukmu juga.
im said…
Baca pun saya dah rasa penatnya...aduh...tolong picit sikit.
Imah,
Kalau jalan-jalan kat Perth tak penah kot? Sebab sana sejuk.
wan sgmt said…
Satu perjalanan yang panjang tu bang. Tapi takpe.. saya yakin perjalanan tu ikhlas untuk membantu mendidik anak bangsa. InsyAllah terasa seronok dan bersemangat kan?.. Saya pun insyAllah akan merasa apa yang abg rasa ni. Sy doakan abg selalu dalam lindungan-Nya , amin..

- wan kksegamat
Wan pun akan sambung belajar? Di Shah Alam? Semoga berjaya menempuhi pengalaman ini.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?