Bertemu bakal penyelia


Pukul 9.34 pagi saya menerima panggilan dari PA bakal penyelia saya. "Prof free sekarang," katanya. "OK saya datang," kata saya ringkas.


Dipendekkan cerita, sayapun bertemu dengan bakal penyelia saya dan berbincang tentang beberapa perkara [1] kesudian menjadi penyelia [2] menerima cadangan seorang penyelia bersama [co-supervisor] [3] melihat cadangan kajian.


Perkara [1] dan [2] diterima. Perkara [3] Dalam masa lebih kurang seminit membaca, bakal penyelia kata kajian tersebut ada persamaan dengan kajian pelajar yang sedang diselianya. Jadi dia nasihatkan supaya saya membaca lagi, masa masih panjang. Mungkin saya boleh tengok aspek lain atau sudut lain atau model baru.


Aspek lain? Sudut lain? Model baru? Membaca, membaca dan membaca. Inilah tugas hakiki saya sekarang ni.


Sesampai di pintu bilik. Bakal penyelia mengingatkan sekali lagi, "tak apa Lim, baca lagi".

Comments

Syah said…
Siapa yek..bakal penyelia tew??
Ini soalan cepuemas ni.
hans said…
Salam..En Halim..sy br nak sambung masters in acctncy this coming june di uitm shah alam..rs teruja sgt nk sambung belajar after few years keje dlm commercial ind...lebih teruja bila baca blog2 academician in accounting field mcm ni...minta tunjuk ajar ye di masa2 hdpn..terima kasih & semoga berjaya
Salam Hani, Hani yang mana satu ye? Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Tahniah kerana dapat sambung belajar. Semoga berjaya.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?