Ambil kesempatan

Seorang rakan isteri saya bekerja sebagai guru tadika di sekolah tadika berhampiran dengan rumahnya. Dia kelihatan seperti seorang guru yang penyayang. Ibubapa kelihatan berpuashati dengan khidmat guru ini. Namun saya lihat kebaikan guru ini telah diambil kesempatan oleh ibubapa anak-anak ini. Walaupun tugas hakikinya bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi, ada ibubapa yang menghantar anaknya seawal 6.50 pagi. Malahan ada yang tinggalkan pula anak ini di rumah guru tersebut selepas tamat masa persekolahan. Kami kasihan juga melihat kesibukan guru tersebut, almaklumlah pagi-pagi biasanya nak siapkan anak-anak ke sekolah dulu sebelum pergi kerja, tengahari pula nak siapkan makanan untuk anak-anak yang nak balik sekolah. Saya harap ibubapa yang menghantar anak-anak ke tadika supaya tidak terlalu membebani guru-guru tadika dengan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh ibubapa sendiri.

Comments

Assalamualaikum..

En. Halim,
Apa khabar?
Kesiannya..emm..susah juga kadang-kadang bila memikirkan hamba Allah yang selalu mementingkan diri sendiri tanpa melihat kesusahan dan kesulitan orang lain..bantuan yang diberikan tapi ambil kesempatan pulak...mereka patut bersyukur kerana masih ada orang yang sanggup membantu..:(
Waalaikumussalam Huda, khabar baik. Tak ada kuliah ke?

Begitulah Huda, kadangkala orang ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.
betul tu en haim..tu lah yang susah kadang-kadang..org yang menolong berniat baik tapi lain pulak jadinya..:(

Hari ni saya takde kuliah..assignment pun dah habis, dah boleh buat ualng kaji..:)
assalamualaikum..
alhamdulillah dan terima kasih di atas kunjungan en. halim..
smg dpt lah sentiasa membantu memberi sokongan dan dorongan kpd sy yg masih beginner lg.. syukran jazak.. :)
Waalaikumussalam Nasibah,

Semoga terus diberi kekuatan oleh Allah.
zali said…
ASSALAMUALAIKUM.
EN.HALIM,SAYA ADALAH SUAMI KEPADA RAKAN ISTERI EN.HALIM, YG. EN.HALIM TULIS ARTIKEL YANG BERTAJUK 'AMBIL KESEMPATAN'. TENTU EN.HALIM KENALKAN. JIRAN EN.HALIM.SEBENARNYA SAYA RASA BANGGA KERANA ISTERI SAYA MENJADI SEORANG PENDIDIK DI TADIKA YG. EN. HALIM MAKSUDKAN. AMBIL KESEMPATAN ADALAH LUMRAH MANUSIA YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.SAYA ANGGAP BIARLAH IANYA DI JADIKAN SEDEKAH DARI ISTERI SAYA KEPADA MEREKA YG. MEMERLUKAN.TERIMA KASIH DIATAS KEPERIHATINAN EN.HALIM DAN ISTERI TERHADAP KERJAYA ISTERI SAYA DAN KAMI SEKELUARGA.
Waalaikumussalam Abang Zali,

Terlebih dahulu saya ingin minta maaf kepada Abang Zali sekiranya Abang Zali tersinggung dengan tulisan saya. Saya harap tidak.

Namun apa yang saya nak ketengahkan di sini ialah sikap tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak.

Sebenarnya perkara seumpama ini bukan sahaja berlaku di tempat isteri Abang Zali mendidik tetapi di tempat lain juga.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?