Musim haji datang lagi

Musim haji kembali lagi. Lalu saya cuba mengingat dua potong ayat tentang haji yang saya pelajari semasa sekolah menengah. Waazzin finnaasi bilhajji ya'tuuka rijaalan ... dan seterusnya yang bermaksud, beritahulah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka datang kepada engkau dengan berjalan kaki atau (berkenderaan) menaiki unta yang kurus yang datang dari tiap-tiap jalan yang jauh. Supaya mereka menyaksikan beberapa manfaat untuk mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang ditentukan atas makanan yang telah diberi Allah untuk mereka iaitu binatang ternak, makanlah sebahagiannya dan berikanlah makan kepada fakir dan miskin. (al-Hajj: 27-28).

Malam tadi saya berpeluang untuk hadir meraikan seorang rakan yang bakal menjadi tetamu Allah pada 2 November 2008 nanti. Dalam majlis tersebut, selain dari solat Isyak berjemaah, solat hajat dan jamuan, beberapa rakan yang telah menunaikan haji diminta menceritakan sedikit pengalaman.

Rakan 1 menceritakan pengalamannya mendapat nasihat dari rakan-rakan sebelum menunaikan haji pada tahun lepas, namun tidak mampu memenuhi nasihat tersebut.

Rakan 2, manasihatkan bakal haji supaya sentiasa menjaga kesempurnaan rukun-wajib-sunat haji dan bertanya pihak Tabung Haji sekiranya keliru. Kedua, beliau menasihatkan supaya bakal haji banyak bersabar dan kekalkan kesabaran tersebut.

Rakan 3 menceritakan pengalaman mengerjakan haji pada tahun 1990 dan melihat sendiri peristiwa 'Muasim' yang tidak boleh dilupakan. Namun kata beliau, kesabaran adalah perkara paling penting.

Rakan 4 mengingatkan bahawa haji adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, gunakanlah masa dan ruang di sana untuk sentiasa mengingati Allah dan beribadah kepadanya. Beliau menasihatkan supaya rakan bakal haji sentiasa memohon kepada Allah supaya dikekalkan berada di jalan kebenaran semasa di sana dan selepas kembali.

Saya yang belum berpengalaman sekadar mampu mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali, semoga dapat haji yang mabrur.

Comments

Anonymous said…
salam,
Agak-agak tension tengah buat PhD tu, bolehlah pi Haji kalau kena musimnya. Kalau tak pun, pi umrah. Tenang fikiran...
Salam Puan Zanariah,

Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Nak kata tension tu tak la juga. Mudah-mudahan kami dapat ke sana tak lama lagi.
wan sgmt said…
Hehe sape yang pegi tu tolong kim salam kat Rasulluah yek..
Salam Gerbanginfoanda (Wanz?)

Semoga sampai salam saudara.
wan sgmt said…
haah . saya wanz. =) kebelakangan ni terlalu bz . jarang nak online. sibuk semua kursus tkt bulan 12 ni air naik lagi.. hehe

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?