Aiya cicaak!

Semalam adik ipar perempuan saya yang bekerja sebagai pengajar di Kolej Matrikulasi datang untuk berhari raya. Biasanya kalau dia datang dia akan membawa kisah yang boleh membasahkan gusi kami. Kali ini dia bercerita tentang tv.
Menurutnya, tv rakan serumahnya selalu rosak, setiap kali hantar ke kedai untuk diperbaiki, tauke kedai tv akan menjerit: aiya cicak, ada cicak mati la dalam lu punya tv. Kerosakan berlaku beberapa kali menyebabkan rakan serumahnya membetulkan tv di kedai lain pula.
Peliknya, di kedai lain, foreman tu tak ada sebut aiya cicak pula. Lalu rakan serumah adik ipar saya pun tanya kepada foreman tersebut: tauke, tak ada cicak ke? Aiya adik, ini tv mana ada lubang, macam mana cicak mau masuk, tapi wa ingat lu punya tv ada sparepart tiruan: kata foreman tersebut.
Rupa-rupanya foreman pertama sengaja menggantikan sparepart tiruan tv rakan adik ipar saya, tu yang tv selalu rosak tu.
Lalu aiya cicak ini menjadi gurauan rakan-rakan serumah bila-bila mereka berkumpul bersama.
Aiya cicak!

Comments

aliya said…
Salam En.Halim,
Inilah akibatnya apabila kita kurang ilmu.. mudah ditipu. Semoga kita ambil ikhtibar daripada cerita ni :)
AbnormalSuam said…
nasib baik ler 'cicak'...

kalu tetiba apek tu kata...

"Aiya kawan, mana lu punya tv tarak losak... dalam lu punya tv ada mayat maaa..."

Amacam?
Salam Puan Aliya.

Kita memang selalu 'terkena' disebabkan kurang ilmu. Yang selalu terkena ni biasanya orang perempuan terutamanya yang belum ada suami.
Kelakar betul Abnormalsuam ni.

Munkin juga apek tu kata macam tu terutama kalau yang rosak tu tv yang bersaiz besar.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?