Akikah atau korban

Adik Yam mari sini, ayah nak tunjuk gambar lembu adik Yam dekat Kampuchea: kata saya kepada anak perempuan saya yang berumur dua tahun setengah. Inilah gambar lembu adik yang ayah buat akikah dekat sana.

Adik Yam datang melihat gambar tersebut tetapi tidak memahami maksud saya. Dia masih belum memahami tentang akikah.

Ibubapa adalah disunatkan membuat ibadah akikah untuk setiap anaknya sekiranya berkemampuan - sebaik-baiknya dalam masa tujuh hari selepas kelahiran. Namun sekiranya kemampuan datang selepas itu maka tidak salah untuk membuat ibadah akikah sebelum anak-anak baligh. Akikah boleh dilakukan sepanjang tahun. Berbeza dengan ibadah korban yang hanya boleh dilakukan pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik sahaja.

Kini ibadah akikah dan korban lebih mudah dilakukan. Selain daripada dibuat di sini, ia boleh juga dilakukan di Kampuchea. Khabarnya penduduk di sana hanya makan nasi lauk daging setahun sekali. Mungkin mereka lebih memerlukan daging akikah dan korban dari kita di sini.

Untuk keterangan lanjut sila layari web ini.

Comments

AbnormalSuam said…
aku ingat satu peristiwa laaa...

masa kecik dulu, ustaz aku adalah cerita pasal akikah, pasal korban, pasal padang mahsyar dan pasal kenderaan bagi mereka yang melakukan ibadah korban dan akikah...

Maka bersemaraklah jiwa aku untuk melakukan korban. Nak sembelih ayam tak boleh, sebab ayam kakinya dua... nak sembelih itik pun tak boleh. Nak sembelih kucing pun tak leh juga sebab ada taring dan kuku cengkam, sekaligus dagingnya haram dimakan.

Setelah berfikir-fikir akhirnya aku dapat satu akal... SEMBELIH CICAK! Banyak ekor jugalah cicak yang aku berjaya korban dan akikahkan...

hehehehe... bila tok dapat tahu, tok korbankan belakang badan aku dengan batang ubi kayu sampai berbirat-birat.

Tu dululah sebelum aku tahu, cicak pun orang Islam tak leh makan juga.
Salam Abnormalsuam...

Tersenyum saya baca komen saudara. Tapi saya kagum dengan semangat saudara yang berkobar-kobar untuk berkorban.
Anonymous said…
Assm...

SubhanAllah...begitu redhanya lembu tu menyerah untuk disembelih, cuma perlu seorang saja berbanding kebiasannya di malaysia yang mesti dipegang oleh beberepa orang. Mungkin antara tanda berkatnya berkorban disana untuk dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukan...Wallahualam...
Salam Ila...Selamat berkunjung. Mudah-mudahan begitulah hakikatnya.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?