Selamat hari raya aidil adha

Gambar jemaah haji berwukuf di 'Arafah
Sempena dengan kedatangan 10 Zulhijjah ini, kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada seluruh muslimin dan muslimat terutama pengunjung blog ini. Kepada yang sedang menunaikan fardu haji, didoakan semoga mendapat haji yang mabrur. Kepada yang belum dapat pergi, semoga dapat menunaikannya di tahun-tahun hadapan.

Comments

wan sgmt said…
Selamat Hari Raya Haji kepada Abg Halim.. Cuti semester ni tak kemana2 ker? cuti2 luar negara ker?
Salam Wanz...
Selamat hari raya juga untuk Wanz...Tak ada la sampai ke luar negara. Sebelum raya hari tu ada la bawa anak-anak ke Gunung Ledang - mandi-mandi dan terapi ikan, ada juga pergi Taman Buaya, Melaka, dan yang terakhir pergi ke Shah Alam sambil mendaftar semester baru.
wan sgmt said…
terapi ikan kat gunung ledang? tak penah dgr plak.. sy pg g.ledang mandi kat bawah2 jer hehe..

erm da lama tak g bercuti, dgr kwn g jakarta satu famili jeles plak.. hehe nak pegi tak mampu.. lelagi nak blaja lagi ni byk gune duit.. JPA plak tak bg biasiswa kat khdmat sokongan..

Abg tinggal kat mana ek? lama kenal nak tau jugak =)
Salam Wanz...

Sebenarnya tak ada khidmat rasmi terapi ikan tu. Tapi biasanya bila kami mandi ikan datang berkerumun dan menghisap (gigit lembut) jari kaki dan tangan kami. Saya seronok tapi anak-anak takut sikit. Tu yang saya panggil terapi ikan tu.

Kami tinggal di Taman Dedap Jementah.
wan sgmt said…
ooo.. hehe.. tp kalo die majukan g.ledang tu mcm kat air terjun kota tinggi kan lagi best.. 2-3 bln lepas sy pegi nampak katak besar bola sepak.. fuh ngeri jugak.. tp katak tu tak bergerak.. tak la takut sgt.. hehe

ooo.. dok kat jementah.. jauh jugak tu dr sgmt.. kalo dok kat bandar putra ioi ni kenal la jugak..

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?