Selamat menyambut tahun baru 1430

Sempena menjelangnya tahun baru 1430 petang ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada muslimin-muslimat khususnya pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga tahun baru ini kita iringi dengan keazaman untuk menjadi insan yang lebih baik.
Comments
selamat tahun baru 1430 untuk Halim sekeluarga. Kami doakan anda terus sukses dalam kajian dan kehidupan. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan. Salam Maal Hijrah 1430.
Salam hijrah 1430 buta encik halim sekeluarga..semoga kita diredhai dan dirahmati Allah..insyaAllah..
Selamat tahun baru hijrah juga untuk Huda sekeluarga. Semoga dapat DL lagi semester ni.
dan kita di sini, semoga ia terkesan untuk kita menginsafi bahawa umat yang pernah merintis menghijrahkan teknologi dan sains dari zaman harry porter ke zaman spaceship, tersedar dari tidur dan terjaga dari mamai setelah hampir 600 tahun kita diinjak-injak.
'Katakanlah: Perhatikanlah apa-apa yang di langit dan di bumi. Tetapi tidak bermanfaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tiada beriman.'
(Maksud ayat 101, Surah Yunus)