Palestin terus digempur

Semenjak 1948 masehi, Palestin dan rakyatnya terus digempur bertalu-talu oleh rejim kejam yang tidak kenal erti perikemanusiaan. Wanita dan kanak-kanak turut menjadi korban rejim. Terbaru, menjelang tahun baru hijrah 1430, rejim yang sama telah menggempur lagi atas alasan yang sama iaitu mempertahankan diri dari ancaman pengganas. Masyarakat dunia diajak mempercayai bahawa rakyat Palestin yang tiada makanan dan senjata adalah pengganas. Ada juga yang mempercayainya. Negara-negara saudara mara di sekeliling yang kaya-raya hanya melihat dengan sebelah mata. Bagaimanakah nasib saudara kita di Palestin?

Marilah kita sama-sama membantu mereka dengan semampu kita, dengan nyawa? harta? atau sekurang-kurangnya do'a? Marilah kita sama-sama berdo'a dalam solat kita atau dalam solat hajat kita supaya Allah membebaskan Palestin dan rakyatnya dari cengkaman rejim ganas Israel.

Amin.

Nota: Saya begitu terkejut apabila blog ini tiba-tiba dikunjungi secara bertalu-talu dari seluruh pelusuk dunia apabila ada perkataan Palestin dan Israel. Mereka datang dari Kandy, Madrid, Budapest, Punjab, Auckland, Samsun, Veneto, Mediona, Paris, Koper...

Comments

Anonymous said…
Salam,

Saya setuju dan masyarakat Palestin khususnya di Gaza amat memerlukan bantuan anda semua. Saya telah poskan bahan bagaimana anda boleh membantu. Saya sendiri telah ada keluarga yang saya bantu di Gaza sekarang. Saya menyeru kepada semua untuk tampil memberikan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing, walaupun sekadar RM10. Nilainya amat besar kepada warga Palestin dan insyaAllah di sisi Allah lebih besar dan utama.
Assalamualaikum..

Encik Halim..

Sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah melindungi dan memberikan kemenangan kepada umat Islam di Palestin..
AbnormalSuam said…
itulah nasibnya jikalau kita hanya ada suara yang berkokok bagaikan ayam jantan hilang bini...

itulah nasibnya jikalau kita hanya ada 'tuhan' dalam bentuk wang ringgit dan mata benda....

itulah nasibnya kalau kiblat kita adalah kemajuan dan teknologi yang dicuri daripada umat Islam....

itulah nasibnya kalau kita dilalaikan dengan hiburan dan segala macam keburukan dari barat sedangkan mereka pula mencuri kelebihan kita tanpa kita sedari....

dan itulah harganya yang perlu dibayar bagi seribu satu macam kaedah yang kita sentiasa persenjatai untuk memudahkan kita memecahkan ikatan yang Allah Taala sendiri telah anugerahkan kepada kita....

Dan kerana itu, mari kita bersatu membentuk sebuah masyarakat unggul seperti yang pernah tercatat di ceruk ini dengan legenda Lemuria yang kegemilangannya dikatakan lebih hebat dari Atlantis, menerusi penguasaan di bidang ilmu, sains, teknologi, ekonomi, sosial dan budaya.

Tiada guna kita menyalak melolong menghantar simpati seandainya kita sendiri tidak bersimpati dengan nasib generasi Islam yang akan datang yang bakal berhadapan dengan ancaman dari luar dan dari dalam... dari segenap arah...
wan sgmt said…
mcm mana kita nak hulurkan sumbangan yer.. ada ke tabung yang da dibuat?
Salam Ustaz Dr. Ahmad... Alhamdulillah. Maklumat yang Ustaz beri boleh membantu penyumbang-penyumbang untu menghulurkan sumbangan.
Salam Huda... Sama-samalah kita berdo'a dan menyumbang.
Salam Abnormalsuam... Terima kasih atas komen yang panjang lebar. Saya tidak tahu siapa yang berkokok di sana-sini. Namun hanya mutu yang mengenal manikam.

Manusia itu mempunyai mustawa yang berbeza-beza. Ada beza diantara orang yang bekerja di jalan Allah dengan orang yang bercerita tentang bekerja di jalan Allah.

Ada yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk berjuang bersama-sama rakyat Palestin lalu terkorban syahid.

Ada yang berkorban harta kerana khidmat mereka diperlukan di tempat sendiri.

Ada yang menyumbang dengan do'a kerana tidak mampu menyumbang nyawa mahupun harta.

Ada yang tidak merasa apa-apa. Ada juga yang hanya mengejek: hai takkan nak lawan peluru dengan batu.

Di mana kedudukan kita?
Salam Wanz...Ada banyak tempat yang kita boleh menyumbang. Saudara boleh melayari blog Dr Ahmad seperti di komen 1.

Saudara juga boleh menyumbang ke tabung Haluan Palestin di akaun BIMB 14-023-01-003429-2.

Saudara boleh layari laman web pertubuhan ini di: http://haluanpalestin.haluan.org.my
Mereka berpengalaman menyumbang tenaga di Acheh dan Sri Lanka semasa Tsunami 2004 dahulu.

Selamat menyumbang.
rossees said…
salam.. memang betul diorang pun curious nak tahu apa orang tulis pasal diorang.. ada juga orang Israel yang prihatin dan lawat serta tolong orang Palestin (ada baca tentang itu http://electronicintifada.net/v2/article5901.shtml

mengikut sitemeter sy, bnyk yg singgah post 'is the land belong to the jew'... mereka kata itu tanah mereka tapi dalam bible masih ada ayat yang kontra... ada juga yang mari baca dari Israel tapi biasanya tak lama beberapa minit paling lama pun dalam 30 minit ja..

ingat sheikh yusuf estes kata, ayat quran dan ayat bible tiada yg kontra sangat... tapi ayat bible dengan ayat bible sendiri yang ada banyak kontra...

salam
AiMaN said…
Insya'ALLAH...
sma² lah kita doakan moga mereka aman dan tenteram...moga ALLAH TAALA memberi mereka kekuatan untuk mempertahankan hak mereka...
sesungguhnya ALLAH TAALA hanya memberi ujian kepada hamba-Nya yang mampu...wallahu 'alam.
entry yg membuka fikiran..Alhamdulillah...
terima kasih.
mohd halim said…
Salam Aiman, Yahudi Israel tidak pernah mempunyai rasa belas kasihan terhadap penduduk Palestin. Dulu kini dan selamanya.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?