Kat sini pun ada

Pagi ini sebelum ke pejabat, saya mengajak isteri dan anak-anak saya untuk makan roti canai di sebuah kedai makan yang biasa kami pergi. Tapi kedai tu belum buka lagi. Tanpa mahu membuang masa, kami mencari kedai makan lain. Sedang kami makan, saya nampak kelibat seorang makcik yang biasa saya lihat di kedai yang biasa saya makan. Lalu saya pun menegurnya: makcik ada kat sini? Ini kedai adik saya, jawabnya. Dalam hati saya: masyaAllah, banyaknya kedai keluarga dia di sini.

Sebenarnya kami mengenali makcik ini sejak kami berpindah ke Jementah. Yelah, kami ni selalu juga minum di kedai. Enam tahun dulu, keluarga ini hanya mempunyai satu kedai makan, dua tahun berikutnya, mereka mengambil alih sebuah kedai makan di Arked Mara, kemudian kedai runcit di sebelahnya kemudian membuka cybercafe di tengah-tengah antara kedai makan dan kedai runcit. Hari ini saya jumpa sebuah lagi kedai makan yang berkaitan dengan keluarga ini. Saya kagum bagaimana orang berketurunan India Muslim menjalankan perniagaan.

Dalam perjalan ke pejabat, saya berfikir, bagaimana agaknya keluarga ini dapat mengembangkan perniagaannya di pekan yang tidak begitu besar. Mungkinkah mereka ada rahsia bagaimana mereka boleh bertahan dan berkembang. Saya fikir sekiranya orang Melayu mampu berusaha seperti mereka, mungkin objektif 30% ekuiti bumiputera dalam ekonomi boleh dicapai.

Comments

Syah said…
Salam En Halim...

Tengok gambar aje dah berkecur air liur saya..

Kena tunggu balik raya nanti barula dapat merasa!!
wan sgmt said…
katanya ada satu kedai tomyam sedap kat sana kan? sebelah petrol pump rasenye..
Anonymous said…
salam,
Dlm kesibukan, masih jua meluangkan masa pekena roti canai.Macam kenal je mak cik yg di ceritakan.
Salam Syah...

Tak kan nak tunggu raya..lama lagi tu.. cuba tanya Khairul macam mana nak buat roti canai.
Salam Wanz..Tak pasti pula kat mana tomyam yang sedap kat sini. Tapi ada la dua tempat yang saya pernah pergi.. satu di Paya Jakas (Jeram Tinggi) dan satu lagi kalau tak silap Restoran Rosnani..yang dekat petrol pam belum pernah cuba lagi..
Salam Anon...Semua orang kan sibuk. Tapi sibuk nacam manapun kita tak lupa nak makan kan. Kalau Anon.. duduk di Jementah dan biasa minum kedai tentu kenal makcik tu...
wan sgmt said…
kawan saya dok jementah , taman ape tah da lupe.. tmn dia dkt area shell.. die keje kat kolej komuniti segamat 2. die yg cakap kat saya.. kedai tu tomyam die sedap.. tu yg ada masa nak ke sana try tmym die.. =)
payat inc said…
yesss...
it is biz minded...huhu

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?