Burung Tiong

...Dan, kau kau dah bangun ke? koh..koh..koh... Oi Dan, kau dah bangun ke? Lebih kurang pukul 5.30 pagi saya terdengar seseorang mengejutkan Dan. Suaranya seperti suara ayah Dan, siap dengan batuk-batuk lagi. Tidak kedengaran pula suara Dan menyahut. Suara itu sebenarnya bukan datang dari ayah Dan (Hamdan, jiran emak saya di kampung), tetapi dari seekor burung tiong belaannya yang telah meniru suara ayahnya.

Saya selalu menceritakan perihal burung tiong dan burung kakak tua yang pandai meniru kata-kata orang di sekelilingnya kepada anak-anak terutama kakak dan abang. Saya katakan pada mereka bahawa kebolehan kedua-dua jenis burung ini adalah merupakan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Namun ada perkara penting yang kita pelajari tentang kedua-dua jenis burung ini yang kita tidak boleh ikut. Walaupun kedua-duanya pandai berkata-kata: memberi salam, mengucap syahadah, memberi nasihat dan sebagainya, tetapi mereka langsung tidak memahami apa yang mereka katakan. Bahkan sambil memberi salam atau mengucap mereka boleh berak dengan selamba. Sampai di sini ketawa anak-anak berderai.


Apa pula kaitannya dengan kita? Ramai orang yang hanya pandai berkata-kata. Bila ditanya semuanya tahu tapi banyak yang tidak dibuat. Soal: Solat berapa waktu? Jawab: Lima waktu. Soal: Buat atau tidak? Jawab: Kadang buat kadang tidak, kadang lupa, kadang tak sempat.... Jadi apa bezanya kita dengan burung tiong tadi? Ayah tak mahu anak-anak ayah hanya pandai cakap saja, nanti sama aja dengan burung tiong kat kampung kita tu.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?