Jalan Kemunting 2/10
Jalan Kemunting 2/10, Seksyen 2, 40000 Shah Alam. Di sinilah saya dan rakan-rakan tinggal semasa pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dulu.
Hanya dua keping sahaja gambar kenangan yang ada dalam simpanan saya. Gambar atas menunjukkan dari kiri Hanif, Chiaq, saya, Tunku, Pulut, Ahmad Boy dan depan sekali Fairol.
Gambar bawah menunjukkan wajah Giant dan saya. Tiga buah motor (kalau tak silap) motor Honda yang kiri sekali tu motor Fairol, RXZ tu motor saya, Honda PAU tu Moin punya.
Kenangan tentang rumah ini timbul semula selepas seorang bekas rakan serumah, Pulut menghubungi untuk mengumpulkan semua emel bekas penghuni rumah bersejarah ini.
Selama setahun setengah di sini, pelbagai peristiwa pahit manis ditempuhi oleh anak-anak muda yang berlainan latar belakang dan pandangan hidup.
Untuk mengingat semua peristiwa agak mustahil kerana rumah itu telah ditinggalkan lebih 13 tahun yang lepas. Sepanjang tempoh tersebut adalah sekali sekala berhubung sms dengan Pulut. Pulut ni seingat saya seorang yang cerdik dan mudah menghafal. Antara yang saya ingat ialah dia boleh menghafal skrip filem-filem P. Ramlee.
Chiaq pula ada juga berhubung dalam 2 - 3 tahun ini. Ceritanya pernah saya kisahkan di sini. Giant ada sekali saya bertemu di UiTM Segamat. Dia ada urusan di situ. Bapak (Shaheezam) pernah bertemu 2-3 kali di Segamat, masa tu ibu mertuanya tinggal di Segamat. Apot - ada berjumpa masa kenduri kahwinnya 10 tahun dulu. Hari - ada berhubung sekali-sekala untuk ucap selamat hari raya. Moin - ada berjumpa di satu konferensi perakaunan pada tahun 2007, kini seorang pengurus di Telekom. Yang lain-lain tu kira lost contact seperti Fairol, Hanif, Ashraf, Jai, Ahmad Boy, Ajak, Tunku...
Bila tengok emel masing-masing saya tahu yang mereka kini mempunyai jawatan penting di tempat kerja masing-masing. Kebanyakannya kerja di syarikat insurans dan bank. Ada juga yang jadi guru...siapa ya?
Itulah sedikit sebanyak kenangan dan kisah terbaru penghuni rumah ini... Semoga Allah merberkati kehidupan kami semua.
Comments
rasa-rasanya kalu ada time travel machine, aku akan menjadi orang yang sanggup berbuat apa sahaja semata-mata nak gunakan machine itu... sayangnya, Allah Taala telah tetapkan bahawa masa yang berlalu, tidak dapat dikembalikan seperti mana berlalunya usia muda dan datangnya kematian... tidak boleh dimundurkan tetapi boleh dimajukan... hehehe...
kengkawan, kengkadang kalau kita rajin merenung, maka akan nampaklah diri kita yang sebenarnya dalam berhablumminannas...
Betul la si Chiaq tu yang saya maksudkan dulu.
Kirim salam pada Chiaq dan Pulut sekali. Pulut kalau tak silap ambik DIB kat ITM Segamat dulu.
Syahrul aka Pong.. (nick glamour dulu2 hehehee)