Lari dari dunia?

Barangsiapa yang mengejar dunia, maka dunia akan lari darinya. Barangsiapa yang mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya.

Saya mengenali seseorang yang saya lihat sentiasa lari daripada dikejar oleh dunia. Namun semakin laju beliau melarikan diri darinya, semakin laju pulalah dunia mengejarnya. Dia bukanlah seorang ulamak mahupun ustaz. Namun saya kenali beliau sebagai seorang yang sentiasa menjaga akidahnya daripada dicemari oleh debu-debu dan karat penyengutuan kepada Allah SWT.

Beberapa tahun lalu beliau ditawarkan kenaikan pangkat dan sekiranaya bersetuju akan dipindahkan ke tempat lain di mana jawatan tersebut kosong. Beliau dengan berhemah menolak tawaran ini dan ingin tetap bekerja di tempat lamanya. Tak naik pangkat pun tak apa.

Beberapa tahun kemudian, beliau ditawarkan kenaikan pangkat sekali lagi. Tapi pada kali ini beliau tidak perlu berpindah, sebaliknya menjadi ketua di tempat beliau bekerja dan beliau tidak dibenarkan menolaknya kali ini. Pada masa yang sama beliau dinaikkan ke gred 52. Bila jawatan bergred 54 dibuka untuk permohonan, ramailah di antara rakan-rakan sejawatnya memohon, namun beliau tidak berbuat demikian. Kalau tak silap, hanya seorang sahaja yang dapat gred tersebut, itupun disebabkan oleh cvnya yang cukup menarik.

Tanpa beliau jangka dan minta, beliau telah ditawarkan oleh ketua jabatannya dengan gred 54 yang menjadi idaman rakan-rakan sejawatannya. Syaratnya, beliau dikehendaki menghadiri kursus PTK. Beliau sedang memikirkannya...

Comments

Syah said…
Duniawi ni lagha...
iman maisarah said…
like my mom...bape kali tah bole nek pgkt, dia x nak..akhirnya pegawai atasan yg minta dia naik jwtn..huhu..im proud of her..
Salam Iman Maisarah, berkat keikhasan agaknya.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

Burung Tiong