Baca terbalik

Saya pernah ditegur (separuh marah) oleh Dr. Philip Sinnadurai semasa berbincang tentang satu artikel penting penyelidikan saya dengannya. Alasannya ialah saya membaca tulisannya secara terbalik. Bolehkah awak membaca tulisan saya secara terbalik, saya takut awak tak faham: katanya. Boleh: kata saya. Saya tidak pasti sama ada dia yakin atau tidak dengan jawapan saya. Mungkin dia rasa saya main-main. Ia berakhir dengan saya tidak memasukkan artikel yang kami bincangkan tersebut sebagai artikel penting penyelidikan saya.
Di rumah, saya dan isteri mengajar sendiri anak-anak kami membaca al-Qur'an. Suatu hari selesai daripada mengaji al-Qur'an, anak lelaki saya melontarkan satu soalan kepada saya: Kenapa ayah baca al-Qur'an secara terbalik? Boleh ke ayah baca terbalik?: Tanyanya. Ayah pun dulu tak biasa juga baca dari atas. Tapi bila dah kena ajar Kakak dan Abang mengaji ni, ayah kenalah biasakan diri membaca secara terbalik. Takkanlah Abang dengan Kakak pula yang nak belajar baca secara terbalik. Ayah teringat, dulu guru mengaji ayah pun masa dia ajar ayah mengaji, dia pun baca terbalik. Agaknya bila kita mengajar al-Qur'an Allah akan bagi kita kebolehan membaca terbalik. Jadi kalau nak pandai baca al-Qur'an secara terbalik, Abang dan Kakak kenalah mengajar al-Qur'an pula: jelas saya panjang lebar kepadanya.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?