Bekas pelajar
Tengahari tadi tiba-tiba satu nombor yang asing tertera di skrin hp saya. "En., ini Nurul Ain dari Kolej SAL. Saya student En. dulu." Seseorang memperkenalkan diri di sebelah sana. Ada apa ye?: soal saya. Ni... saya nak tanya En ni tentang FAR300: katanya lagi. Ok apa dia: tanya saya. Begini, saya sedang mengira-ngira jumlah preference dividend in arrears untuk satu company, tapi saya tak dapat jawapan seperti yang tertera dalam skima. Dalam soalan dikatakan dividend in arrears for two years, and the shareholders agreed to waive 2/3 of the amount: panjang lebar persoalannya. Oh macam tu. Mula-mula kira amount dividend in arrears tersebut selama dua tahun. Kemudian, tolak dengan jumlah cukai keatas dividen dan kemudian darab dengan 1/3 iaitu jumlah yang perlu diselesaikan: Saya menjelaskan panjang lebar juga. Dia senyap seketika (sedang mengira agaknya). OK En. dah dapat jawapannya sama dengan skima jawapan.
Dialog sebegini memang biasa berlaku di antara bekas pensyarah dengan bekas pelajar. Bekas pensyarah biasanya tidak akan keberatan untuk menurunkan ilmunya apabila diminta. Ada juga peristiwa seperti dibawah:
Setahun yang lepas, seorang bekas pelajar menalipon untuk mendapatkan bantuan menyelesaikan urusannya di pejabat. Begini katanya: En., Saya telah ditempatkan di bahagian perjawatan. Masalah saya ialah ada seorang yang berpengalaman kerja 10 tahun memohon untuk bekerja di syarikat tempat saya bekerja dan memohon gaji RM10 ribu sebulan. Bos saya memang nak ambil dia sebab pengalamannya tapi keberatan untuk memberi RM10 ribu sebulan. Oh kalau itu persoalannya, senang saja untuk selesaikan masalah tersebut: jawab saya. Tanyakan padanya berapa banyak dia boleh bawa masuk jualan setiap bulan - gajinya adalah 10% dari jumlah jualannya (ini adalah cara swasta): kata saya lagi. Ok En. rasanya masalah saya dah selesai, terima kasih.
Semoga mereka menggunakan ilmu yang mereka perolehi untuk kebaikan diri dan orang lain.
Comments