Kisah-kisah siang hari Ramadhan

Kisah 1 - "Puan, ada ke pelanggan yang boleh berurusan di kaunter tanpa nombor giliran?" tanya saya pada kerani kaunter bank tersebut sebaik sahaja giliran saya sampai. Soalan ini sengaja saya tanyakan kerana saya nampak seorang pelanggan yang nombornya kemudian dari saya terus meluru ke kaunter dan menyerahkan urusannya kepada pegawai di belakang kaunter. Pegawai tersebut pula terus menyuruh kerani di kaunter menguruskannya. Kerani kaunter menjawab: oh! dia tu kena dilayan cepat sebab cek tendangnya akan 'expired' sekejap lagi. Nanti dia kena denda RM50". Soalan saya tersebut sebenarnya hendak menyedarkan pihak bank bahawa apa yang mereka buat melukakan hati dan perasaan pelanggan yang lain. Perkara ini kerap berlaku. Kadangkala nombor giliran tidak bergerak hingga beberapa minit sedangkan kaunter melayan pelanggan tidak bernombor.

Kisah 2 - Sejak awal Ramadan baru-baru ini saya perasan ada sebuah gerai menjual makanan dan minuman yang mula beroperasi seawal 9.30 pagi hingga 5.30 petang di antara rumah dan pejabat saya. Hati saya jadi tak sedap. Bukankah waktu ini orang sedang berpuasa. Saya lihat juga ramai orang yang berhenti untuk membeli sedangkan waktu ini adalah waktu sarapan dan makan tengahari. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, peliharalah hati kami dari bersangka buruk terhadap mereka Ya Allah.
Kisah 3 - "Ayah! kenapa bawang dalam murtabak ni keras?" keluh anak saya masa berbuka semalam. "Bawa ke sini ayah tengok" kata saya. Ya Allah dalam murtabak ayam ni banyak tulang ayam kecil-kecil seperti ditumbuk, astaghfiruLlah... Saya tak pernah ada pengalaman seperti ini sebelum ini. Kalau murtabak daging tentu intinya daging, kalau murtabak ayam tentu intinya ayam. Tapi kali ini...Kita tidak dilarang mengambil keuntungan dalam perniagaan. Namun jauhkanlah dari mengambil keuntungan dengan jalan seperti ini. Ia melibatkan keselamatan pelanggan. Saya berharap supaya penjualnya tidak mengulanginya lagi.

Comments

Salam En.Halim,

Berhemah betul teguran yg En. tujukan kpd kerani kaunter bank tu.

Mudah²an saya juga ade kesabaran cmtu.
Salam YeMMa,

Kalau ikutkan memanglah nak marah. Tapi kan kita sedang berpuasa. Nanti habis pula pahala puasa.
Adliff said…
Salam,
Ustaz Halim,

Dugaan...macam filem P.Ramlee :D.
Salam Aliff,

Semoga masalah Tuan dah selesai.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?