Salam Aidil Fitri

Mafhum hadith Nabi S.A.W.: orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: pertama, kegembiraan ketika berbuka (termasuk hari raya) dan; kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Allah SWT nanti.



Marilah kita ucapkan rasa syukur kita kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah sampaikan hayat kita hingga ke penghujung Ramadhan dan seterusnya dapat mengucapkan rasa syukur kegembiraan dengan bertakbir, bertahlil dan bertahmid di pagi raya nanti. Bertemu dan bermaaf-maafan dengan ibubapa, mertua serta sanak-saudara, serta mengeratkan silaturrahim sesama mukmin.



Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin kepada isteri dan anak-anak saya, juga kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga puasa kita diterima Allah SWT. TaqabbalaLlahu minna waminkum.

Comments

HishamMB said…
Salam.

Salam aidil fitri dari kami sekeluarga untuk Halim dan keluarga, maaf zahir dan batin. Semoga kita semua mendapat hasanah dunia dan hasanah akhirat, dan semoga kita bertemu lagi di Ramadhan akan datang, Amiin...
Salam Sham,

Ucapan selamat hari raya adil fitri dan maaf zahir batin juga dari kami untuk Hisham sekeluarga. Semoga Allah terima amalan kita.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?