Mungkinkah malam tadi lailatulqadar?

Saya diberitahu oleh seorang alim di kampung tentang tarikh lailatulqadar tahun ini. Lim, tahun ni 23 Ramadhan lailatulqadar: katanya. Kata-kata beliau ini bertepatan dengan pengiraan yang dibuat oleh Imam Ghazali, sekiranya puasa bermula hari Sabtu, maka lailatulqadar jatuh pada 23 Ramadhan.


Hakikatnya, lailatulqadar adalah rahsia Allah. Siapalah kita berbanding Imam Ghazali dan orang alim tersebut. Apa yang penting ialah cuba beramal secara konsisten sejak 1 Ramadhan lagi. Sudah tentu kita akan mendapat ganjaran seribu bulan walaupun tidak dapat bertemu dan bersalam dengan malaikat. Saya pernah menceritakan tentang tanda-tanda lailatulqadar di sini.


Malam tadi, sekitar 4.15 pagi, saya terjaga disebabkan bunyi jam loceng dan kokokan ayam jiran berhampiran. Biasanya ayam beliau berkokok menjelang waktu subuh. Lalu saya teringat satu hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Apabila kamu mendengar ayam jantan berkokok (di waktu malam), mintalah anugerah kepada Allah, sesungguhnya ia melihat Malaikat...... Saya terfikir mungkinkah malam ini lailatulqadar.

Comments

Adliff said…
Salam,
Ustad Halim,

Jazakllahhukhoir!
salam perkenalan. Pertama kali membaca entry Encik Halim, saya rasa saya sudah jatuh cinta.Semoga entry-entry yang akan datang dapat dikongsi seperti blog prof Mohd kamil.
Salam Aliff dan Kamarul,

Terima kasih sudi berkunjung ke sini. InsyaAllah mana-mana yang baik kita kongsi sebagai teladan. Mana-mana yang buruk kita jadikan sempadan.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?