Memperbaharui iman di bulan Ramadhan

Mafhum hadith RasuluLlah SAW: Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang kamu akan usang dan lusuh seperti mana usang dan lusuhnya pakaian. Oleh itu, mohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu. (Hadith diriwayatkan oleh At-Tabrani)

Apa signifikannya hadith ini kepada kita? Kita selalu sibuk sepanjang 11 bulan yang lalu dengan segala macam urusan kerja, urusan anak isteri, urusan kawan-kawan, urusan saudara-mara, urusan ... sehinggalah kadangkala kita kurang bersungguh-sungguh apabila berurusan dengan Allah SWT - lalu susutlah iman kita. Kita solat di hujung waktu, kita tinggalkan membaca al-Qur'an, kita tinggalkan majlis-majlis ilmu....
Ini semua boleh melunturkan atau melusuhkan iman kita. Kini Allah datangkan bulan Ramadhan (hanya tinggal sepertiga lagi) untuk memberi peluang kepada kita semua untuk menggantikan iman yang lusuh dengan iman yang baru. Allah susunkan untuk kita program-program untuk memperbaharui iman: puasa di siang hari; terawih dan tadarus di malam hari; zakat dan sedekah untuk membersihkan harta...SubhanaLlah. Mahasuci Allah yang begitu kasih kepada hambanya. Apabila hamba-hambanya lalai dan leka Allah tidak biarkan kita. Allah sediakan kita untuk satu program khas - Ramadhan.

Comments

Adliff said…
Salam,

Usraz Halim,

Terima kasih atas peringatan ini. Ya, iman merupakan pakaian diri. Lapuk-lapuk dikajangi, usang-usang diperbaharui. :D

Selamat berpesta ibadah bagi 10 malam terakhir.
Salam Aliff,

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?