Dua jenis pendakwah

Saya tersenyum bila membaca sebuah blog yang di tulis oleh seorang rakan maya di sini. Beliau secara tidak langsung membincangkan tentang dua jenis pendakwah. Jenis pertama ialah pendakwah yang digelarkan sebagai Kiyai Ceret (nota: cerek). Kenapa pendakwah ini digelarkan dengan cerek? Kerana sifatnya yang sentiasa berjalan di atas muka bumi Allah untuk menyampaikan seruan dakwahnya. Beliau akan mencari-cari siapakan yang akan diserunya untuk disampaikan dan diajarkannya dengan didikan dan ajaran Islam. Beliau seumpama sebuah cerek yang sentiasa bersedia menuangkan air ke cawan-cawan yang kosong iaitu orang-orang yang dahaga dengan ilmu dan kefahaman Islam.


Manakala jenis pendakwah yang kedua ialah Kiyai Gentong (nota: tempayan kecil untuk mengisi air). Kenapa pendakwah jenis ini dikatakan sebagai Kiyai Gentong? Kerana mereka ini biasanya mempunyai tempat mengajar (pondok atau pesantren) dan banyak pula ilmunya dan orang sentiasa datang untuk menuntut ilmu atau mengharap didikan agama darinya. Keadaannya umpama sebuah tempayan yang penuh dengan air lalu sentiasa memberi peluang untuk orang lain mencedok air darinya.


Mari kita bertanya kepada diri. Kalau hanya ada dua jenis pendakwah ini sahaja, kita berada di kumpulan yang mana ya?

Comments

Anonymous said…
Salam.

Entry yang sangat menarik... rasanya, saya golongan yang perlu menerima dakwah, iaitu golongan yang menghulurkan cawan (untuk dituangkan air) dan golongan yang mencedok air (dari dalam gentong)...

HishamMB
Salam Sham,

Orang 'alim memang selalu merendah diri. Saya fikir Hisham tergolong dalam kumpulan 'Kiyai Gentong' - sebab banyaknya ilmu yang dimiliki dan juga kecerdikan semulajadi yang dikurniakan oleh Allah. Jangan ditutup 'gentong'mu supaya saya juga boleh mencedok airnya.
Anonymous said…
Salam.

SubhanALLAH, semua ilmu itu milik ALLAH jua... sama-samalah kita saling memberi dan menerima...

HishamMB
AbnormalSuam said…
Beruntunglah mereka yang dianugerahkan Allah Taala keistimewaan hati untuk mencurahkan ilmu pengetahuan - biar apa pun ilmunya termasuklah ilmu hitam.. hehehe - dan tidak bakhil buat dirinya.

Beruntunglah mereka yang Allah Taala memang sediakan mereka sebagai pencurah ilmu pengetahuan biarpun mereka diganjari gaji bulanan atau elaun.

Dan tersangatlah beruntung mereka yang sanggup atau berkorban demi mencari ilmu pengetahuan biarpun gurunya hanyalah seorang anak kecil yang masih belum bersunat atau pun hingusnya masih meleleh ke mulut...

Terlebih-lebih beruntung bagi mereka yang sentiasa sedar, bahawa guru mereka adalah Allah TAala yang menyampaikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai hikmah dan bentuk yang adakalanya tidak terjangkau oleh akal manusia... seperti mana firman-Nya yang bermaksud: "Dan gunung-gunung itu berlari...."
Salam Abnormalsuam...

Menarik komen saudara.

Kepada yang tidak mengetahui atau kurang mengetahui Allah suruh bertanya, maksudnya: bertanyalah kepada orang yang bijak (ahli al-zikr)sekiranya kamu tidak mengetahui..

Kepada yang mengetahui (berilmu)Allah menyuruh: serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh teladan yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik...

Jadi kedua-duanya ada tempat di sisi Allah.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?