Hari raya korban

Sempena 10 Zulhijah yang bakal menjelang, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha @ korban @ haji @ besar kepada semua pengunjung blog ini.
Marilah kita ingati pengorbanan bapa kita Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah SWT.
Marilah kita ingati pengorbanan Nabi, para sahabat, para tabiin, para tabiut tabiin, para ulama' dan pendakwah dalam membawa dan menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia hingga ajaran Islam sampai kepada kita pada hari ini.
Marilah kita kenangi dan hargai pengorbanan ibu dan ayah kita yang telah mengandung, melahir dan membesarkan kita dengan didikan dan kasih sayang.
Marilah kita hargai pengorbanan para guru dan orang-orang yang pernah berjasa kepada kita. Marilah kita hargai pengorbanan isteri dan anak-anak kita.
Marilah kita contohi mereka. Marilah kita korbankan sebahagian dari harta kita, masa kita, tenaga kita untuk mereka yang memerlukan - di Palestin, Padang, Kemboja dan lain-lain.

Comments

entry yg menarik...sesuai untuk muhasabah diri..
Salam Cikgu Kamarul dan Cikgu Kartini,

Memang entri ni untuk muhasabah terutama untuk diri sendiri. Selamat hari raya aidil adha.
Selamat hari raya aidil adhah buat Encik Halim Sekeluarga...:)
Terima kasih Huda. Selamat hari raya aidil adha untuk Huda sekeluarga.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?